..

..

PEMUDA UMNO GESA MT UMNO PECAT MUHYIDDIN - MUHKRIZ

on Tuesday, March 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Pemuda UMNO hari ini mengkritik pemimpin-pemimpin yang hadir ke Kongres Rakyat yang diadakan di Shah Alam semalam kerana didakwa cuba mengheret institusi Diraja ke dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ianya berikutan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan membentangkan satu juta tandatangan menerusi Deklarasi Rakyat ke istana untuk mendesak peletakan jawatan Najib.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menyifatkan kumpulan Selamatkan Malaysia ini telah ‘kehabisan idea’ untuk mendesak Najib melepaskan jawatan.

“Usaha-usaha mereka sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan adalah sia-sia, jadi sekarang mereka mahu melibatkan institusi Diraja untuk mencapai matlamat mereka.

“Saya menggesa 3M (Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir) ini untuk menghentikan cubaan mengheret institusi Diraja ke dalam rancangan jahat mereka.


“Saya juga menggesa mereka untuk menghentikan kerjasama tidak masuk akal dengan pembangkang yang mempergunakan mereka,”katanya, lapor Malaysiakini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa agar Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Muhyiddin dari parti tersebut kerana telah bersekongkol dengan pembangkang.


One Response

  1. Anonymous says:

    Ketua ketua penerangan UMNO di semua peringkat harus memjalankan usaha memberi penerangan kepada rakyat agar rakyat paham. Penerangan yang jelas dengan fakta dan angka. Rakyat kini boleh medapat berbagai matlumat dan boleh membuat perbandingan yang mana betul dan yang mana salah..tetapi nampaknya penerangan UMNO lesu di bawah ketua baru nya..Tunjuk kan rakyat apa yang benar kalau apa yang di khabarkan sekarang ini dikatakan fitnah..buktikan lah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.