..

..

MP DAP TANJONG NAK PERTAHAN SKANDAL BANGLO GUAN ENG MUDAH SAJA DIMALUKAN #LGERasuah

on Saturday, March 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Selepas mesyuarat DAP  semalam di P.Pinang  , seperti menerima arahan  kepada semua MP DAP agar mempertahankan skandal banglo dan tanah Taman Manggis ini , Ng Wei Aik memulakannya tapi dengan langkah sumbang !!

Alasan beliau berkata harus diingatkan Guan Eng bukan penilai dan dia adalah seorang akauntan bukannya tahu harga pasaran tanah  . 


Sungguh melucukan kenyataan pengampu Guan Eng yang setia ini . Adakah Wei Aik ini lupa atau sengaja buat bodoh bahawa Ketua Menteri P.Pinang juga memegang porfolio Hal Ehwal Tanah di negeri ini .  Tak kan seorang pengerusi portfolio ,  dia tak tahu harga pasaran tanah negeri ??






Malah Menteri KPKT Datuk Abd Rahman Dahlan juga menyindir sinis alasan MP DAP Tanjong yang cuba mempertahankan skandal  bosnya ..haha...

Kita lihat siapa pengampu Tokong DAP  lagi nak menyalak pertahan pemimpin angkuh ini yang kini terperangkap dengan taktik kotornya sendiri !!




Alasan Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik yang cuba mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terbabit skandal pembelian banglo di bawah harga pasaran dengan menyatakan bahawa Setiausaha Agung DAP itu hanyalah seorang akauntan dan bukan penilai hartanah disindir sinis oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi beberapa siri kenyataan di Twitternya menempelak alasan Wei Aik.
“Saya nasihatkan YB ini agar berhenti memalukan diri sendiri.
“Mempertahankan tuan mereka dengan alasan yang lemah akan hanya melemahkan lagi kedudukan Guan Eng sebagai Ketua Menteri,” kata Rahman dalam satu siri akaun Twitternya.
Menurut Abdul Rahman, bukan Barisan Nasional (BN) yang menyebabkan Guan Eng terperangkap dalam keadaan sekarang.
“Bukan BN yang memaksa Guan Eng untuk membeli hartanah dan pada harga di bawah nilai pasaran. Berhenti menyalahkan orang lain.
“Bukan BN yang memaksa Guan Eng untuk membeli hartanah daripada wanita yang ketuanya adalah pemilik KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd).
“Masa, penjual dan harga belian banglo tidak ditentukan oleh BN,” katanya.
Menurut Abdul Rahman, alasan Wei Aik itu jika diterima tentu sahaja boleh juga diguna pakai bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
Menurut Ahli Parlimen Tanjong, LGE (Lim Guan Eng) adalah seorang akauntan, bukan seorang jurunilai.
“Tetapi yang peliknya, Ketua Menteri seolah-olah tahu nilai semua tanah-tanah yang lain, kecuali rumahnya.
“Saya mahu tanya Ahli Parlimen Tanjong, adakah Khir Toyo boleh kata beliau tidak tahu nilai rumah yang dibelinya hanya kerana beliau seorang doktor gigi?,” soal Abdul Rahman di Twitter pada Jumaat.
Wei Aik yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang pada Jumaat cuba mempertahankan Guan Eng dalam isu skandal pembelian banglo di bawah harga pasaran dan kaitannya dengan penjualan tanah Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis.

Beliau juga menggunakan alasan bahawa surat tafsiran nilai hartanah berjumlah RM4.27 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya diterima selepas proses jual beli itu berlaku, sekaligus gagal menafikan bahawa Guan Eng mengetahui nilai hartanah itu sejak 2015 lagi sewaktu membuat penafian mengenainya sebelum ini.

Nyatanya, Wei Aik gagal dalam cubaan mempertahankan Guan Eng sebaliknya hanya cuba menegakkan benang yang basah bagi menutup fakta bahawa Setiausaha Agung DAP itu kini terperangkap dalam strategi permainan politik kotor pembangkang yang selama ini digunakan secara meluas untuk menyerang kerajaan dan pemimpinnya.





2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tendang penyangak2 cinabukit balik tongsan!

  2. Anonymous says:

    Dia ni lah bapak Red Bean Army.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.