..

..

MENTERI DEDAH BUKTI CUBAAN JUAL TANAH TAMAN MANGGIS RM20 JUTA #LGERasuah

on Thursday, March 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kapal Guan Eng di Tingkat 28 Komtar semakin teruk berlubang dan menunggu masa untuk karam..
Sudah 8 laporan SPRM dibuat dan bukti diberikan ....semalam  didedahkan lagi bukti dokumen di Parlimen !!
Walaupun semalam di Parlimen semasa YB Menteri KPKT Datuk Abd Rahman Dahlan ingin  mendedahkan skandal tentang isu tanah rumah PPR Tmn Manggis yang telah dijual oleh kerajaan DAP , beliau telah  diasak dan diganggu bertubi-tubi  oleh Guan Eng dan konco-konconya .
Ini bagi menghalang beliau mendedahkan bukti korupsi dan penyelewengan dalam isu penjualan tanah untuk projek rumah PPR Tmn Manggis .
Guan Eng sememangnya  sudah tahu giliran kementerian KPKT  menjawab soalan di Parlimen , jadi beliau sanggup terbang dari Hainan semata-mata mahu mengagalkan usaha Rahman Dahlan semasa berucap. 




Tetapi niat dan lakonannya membuat bising menyebabkan beliau dihalau keluar dewan . Ini lakonan lapok Guan Eng kononnya beliau dihalang Speaker  untuk menjawab tuduhan Menteri  di Parlimen.

Apabila Menteri berucap dan mendedahkan bukti dokumen sekali bahawa pembeli tanah Taman Manggis iaitu KLIDC  menjual tanah itu kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta membuatkan konco-konco Guan Eng terdiam seperti ayam berak kapor .

Walaupun MP Beruas Ngeh Koo Ham cuba menganggu dan cabar berucap di luar dewan  , tetapi ia mudah dipatahkan oleh Menteri dengan hujah dan fakta .





Guan Eng dah CHECKMATE !!

SKANDAL RASUAH DAN PENYELEWENGANNYA TERUS DILONDEHKAN !!

MALAM MALANG UNTUK GUAN ENG ......



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan butiran penjualan tanah di Taman Manggis oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak ketiga dengan nilai harga RM20 juta di Dewan Rakyat, Rabu malam.
taman manggisMenurutnya, sebuah syarikat swasta membeli tanah yang sepatutnya dibina Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari kerajaan negeri dengan harga RM11 juta namun kemudiannya dibatalkan sebelum dirancang pula projek pembinaan hospital swasta dan hotel mewah di lokasi itu.
Segala pendedahan itu berdasarkan dua dokumen lengkap yang diterima pihaknya dan beliau akan menyerahkan dokumen itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
“Saya telah dapat maklumat tentang dokumen yang menunjukkan cubaan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) untuk menjual tanah ini kepada pihak ketiga, dokumen ini diberikan oleh pihak tertentu dengan bukti jelas semuanya ada di sini di mana KLIDC membeli tanah dengan harga RM11 juta dan menjual dengan harga RM20 juta, dan saya tak teragak-agak untuk memberi kepada SPRM.
“Apa yang nyata di sini, KLIDC tidak berminat untuk membangunkan tanah tersebut,” katanya pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih, titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Dewan Rakyat, Rabu.
Ahli Parlimen AMANAH Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa sewaktu mencelah menyatakan sokongan terhadap pendirian Abdul Rahman yang ingin menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak berkuasa dan berharap agar ia disiasat dengan telus.
Sebelum itu, kekecohan di Dewan Rakyat bermula apabila Guan Eng menuntut Abdul Rahman menarik balik kenyataan yang dibuatnya minggu lalu, bahawa Guan Eng seorang pembohong.
Abdul Rahman mempertahankan diri dengan mengatakan maksud kenyataan beliau ialah bahawa kenyataan Guan Eng mengenai kadar rumah mampu milik berharga RM400,000 ditetapkan oleh kerajaan pusat sebagai satu pembohongan.
Namun, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menegaskan bahawa tindakan Guan Eng itu sering memerangkap dirinya sendiri lantaran sentiasa mengeluarkan fakta yang tidak berpaksikan kenyataan.
“Kalau saya kata dia bohong, saya dimarah, tapi dia keluarkan fakta yang tak betul kata rumah PPR kerajaan persekutuan putuskan dengan harga RM400 ribu, rakyat Pulau Pinang marah, tapi bila orang Pulau Pinang marah, dia cari orang yang boleh dituding jari, paling senang adalah ini adalah arahan kerajaan persekutuan.
“Tapi dia lupa yang dia hanya memerangkap diri dia sahaja daripada setiap fakta yang dikeluarkan, dia dah kata dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tanah itu akan diletakkan untuk membina PPR, tapi akhirnya diguna untuk tujuan benda lain pula,” ujarnya.- BNbbc-



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.