..

..

MENGAPA PAKATAN BAHARU PAS DISAMBUT BAIK TPM ?? @Zahid_Hamidi

on Sunday, March 13, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tentu  mengejutkan bila kita membaca jawapan TPM yang menyambut baik Pakatan baharu ditubuhkan PAS .  Sepatutnya bila ada parti lawan yang baru muncul untuk berdepan BN di PRU14  tentunya dibimbangi   tapi melalui apa tersirat daripada kenyataan TPM menunjukkan ia seperti berita baik .



Ini kerana SUA PAS Datuk Takiyuddin Hassan sendiri mengakui kemungkinan semasa PRU14 akan berlaku pertembungan 3 penjuru sekaligus memecahkan undi pembangkang.

Malah diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar yang mendakwa Pakatan baharu melemahkan Pakatan Harapan bukan BN . klik di sini 

Jadi , seperti kata TPM ,   menjelang PRU14 akan datang   UMNO dan BN perlukan kukuhkan perpaduan dalaman akar umbi untuk pastikan parti terus kukuh .  Bila  perpaduan dalaman dikalangan ahli  kuat , rakyat terutama orang Melayu akan terus memberikan sokongan berbanding parti pembangkang .







Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan PAS untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.

 Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.

 Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratikdan banyak pilihan,” katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua UMNO Bahagian kepada kepimpinan UMNO Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datoh pada Sabtu.

Ahmad Zahid mengulas pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mengenai keputusan parti itu untuk bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

 Bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada Rabu ini. Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata keputusan PAS itu jelas menunjukkan bahawa parti itu telah menjadi kuda tunggangan DAP selama ia berada dalam pakatan pembangkang.

 “Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara. 

 “Saya tidak berhasrat untuk masuk campur, tapi perkembangan baharu ini memberikan kesedaran apa yang berlaku adalah hidayah daripada Allah,” katanya.

 Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh itu berkata perpaduan yang jitu dalam kalangan anggota di peringkat akar umbi merupakan satu daripada ‘resepi’ utama untuk memastikan parti keramat orang Melayu tersebut terus kukuh. Anggota UMNO di semua peringkat juga perlu sentiasa bekerja kuat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran selain perlu mengatur strategi untuk memenangi hati serta pemikiran rakyat, katanya.

 “Saya harap kita tidak hanya melihat kepada politik di luar, tetapi apa yang penting asas kita adalah politik dalaman,” katanya


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.