..

..

MEMBUNUH UMNO DENGAN BANTUAN PEMBANGKANG, STRATEGI TERBARU TUN M JATUHKAN NAJIB

on Tuesday, March 1, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




KENYATAAN DARI KETUA PENERANGAN UMNO TENTANG TUN DR MAHATHIR KELUAR UMNO 

Pengumuman Tun Mahathir keluar umno sudah lama di duga..pengumuman itu merupakan satu lagi strategi yg berterusan dlm usaha nya "menumpaskan "Dato Sri Najib, selepas usaha mempengaruhi ahli parlimen dan usaha mempengaruhi umno bahagian juga gagal. 




Strategi terbaru ini adalah utk MELUMPUHKAN DAN MEMBUNUH UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan Dato Sri Najib.

 Pendekatan ini di dorong pengalaman Tun Mahathir dimana beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya. 

Kerajaan UMNO Kelantan "di bunuh "dalam usaha Tun Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh, Kerajaan UMNO Selangor "terkorban "berikutan usahanya menumpaskan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Badawi. 

Tun Mahathir sanggup memberi "hadiah"kepada PAS(Kelantan),PKR(Sngor)dan DAP(P Pinang)asal beliau dapat menewaskan musuhnya.

 Dalam kata lain sejarah membuktikan Tun Mahathir tidak teragak agak MENGHADIAHKAN pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya .

ITULAH Tun Mahathir dalam lipatan sejarah perjuangannya.TO FAIL IS NEVER AN OPTION... 


Justeru terpulanglah kepada ahli umno untuk melihat episode terbaru ini. Buat Tun Mahathir beliau tidak rugi apa apa kerana beliau dan keluarganya sudah punya segala galanya malah anggota keluarganya tersenarai dalam gulungan billionaire terkaya di Malaysia. 

Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat Tun Mahathir utk menjadikan beliau "darling of opposition"dan dengan itu beliau berjaya menukar (turn around)23tahun kebencian dan harassment pembangkang kpd dirinya yg SELEPAS INI akan di sokong dan dihargai pembangkang ATAS JASA BESARNYA MERUNTUHKAN UMNO. 

Sebagai "true Michevellian",matlamat menghalalkan cara.Tun Mahathir tidak sukar melakukan ini kerana di dorong kejayaannya menewaskan Tunku Abd. Rahman, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Badawi dengan cara ini sebelum ini walaupun kejayaannya itu dibayar dgn harga yg mahal oleh AHLI UMNO terutama di Kelantan,Selangor dan P Pinang..kini Tun Mahathir bersedia menghadiahkan MALAYSIA demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dalam menewaskan orang yang tidak di gemarinya atau yang tidak mahu mengikut "My Way".

 Ahli UMNO sejati harus terima keputusan Tun Mahathir sebagai hak peribadi nya..Barang siapa berjuang kerana Tun Mahathir mungkin mengikuti beliau DAN BARANG SIAPA BERJUANG KERANA UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR sama sekali tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu KERANA UMNO ITU BUKAN Tun Mahathir.. Tanpa beliau perjuangan tetap diteruskan.SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMNO...

 TAN SRI ANNUAR MUSA 
KETUA UMNO BHG KETEREH
 AHLI NO 000000124


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Assalam Bro,pada pandangan aku TDM tak pernah berniat untuk membunuh UMNO.Tetapi dia nak Najib meletak jawatan sebab Najib telah banyak melakukan kesilapan dan kesilapan-kesilapan inilah yang akan membunuh UMNO.....tak gitu ?

  2. Anonymous says:

    isu dah didivertkan jadi politik pulak. Isu sebensr tiada kena mengena dengan politik. Bijak tak orang politik?

  3. Anonymous says:

    Nak pilih PM mesti dari selatan tanah air.....apa faktanya..? Ini adalah FAKTA dan bukti sejarah... pulau pinang dan kedah dulu adalah satu negeri dibawah naungan sultan kedah.... bila Siam serang Kedah...sultan kedàh minta bantuan Inggeris Sir Francis Light akhirnya Pulau Pinang dipajak(serah) pada Inggeris.... kerabat inj jugak yg serah kan Singapura ke Lee Kwan Yu hasil tipu muslihat singapore terlepas dari naungan sultan johor.. 13 mei berlaku srmasa kerabat ini yg jadi PM....talibarut yahudi zionis ddngan agenda pluralist pun datang dari nrgeri ini suma rakyat dah tahu Aljuboori talibarut zionis....talibarut Syiah dan libralis pun dari utara negeri pun sama Mat Sabu... Tun Dollah Badwi PM tidooor saja 5 negeri jatuh ke pembangkang...Tun Dr M jadi PM 3 nrgeri jatuh ke pembangjang termasuklah nrgeri kelahiran PM tsb.... Tun Razak dan Tùn Hussain Onn dari selatan semua nrgeri di bawwah kjaan BN....najib mewarisi kepimpinan haprak Pak Lah dari 5 nrgeri jatuh ke pembangkang 2 negeri iaitu Perak dan Tgganu kembali ke BN... kepimpinan najib sedang bersihkan kroni2 haprak warisan tun dr M(utara) dari menghancurkan malaysia..... fakta ini sudah cukup menyatakan jika mslaysia nak aman makmur PM perlu dipilih dari selatan semenanjung.....klu ada yg x puashati buktikan fakta ini salah....!!

  4. Anonymous says:

    UMNO jugak bukan Najib wahai pemakan dedak oiii...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.