..

..

MEDIA ARUS PERDANA BONGKAR SKANDAL GUAN ENG SUDAH BIKIN SEORANG WARTAWAN PENGAMPU PANAS !!

on Thursday, March 31, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Siapa Amran Ahmad nak mengarahkan MEDIA ARUS PERDANA untuk menghentikan serangan membongkar skandal tanah Tmn Manggis dan banglo No Swimming Pool berkaitan Guan Eng ? 

Kalau berkaitan dengan pemimpin kerajaan , bertalu-talu juga serangan oleh Meloyakini terhadap PM setiap hari . 

Serangan dan pendedahan sebenar terhadap pemimpin DAP wajar terus dibongkarkan kerana dulu mereka sebelum berkuasa begitu kuat menghentam kerajaan dan mendabik dada  mereka suci dan bersih daripada skandal rasuah dan salahgunakuasa. 

Tak perlu la Amran Ahmad menjadi barua kepada kerajaan DAP dan mereka pun bukannya mengamalkan kebebasan media pun seperti dicanang dulu . 






Media arus perdana diminta menghentikan segera 'serangan' keterlaluan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu banglo yang dibangkitkan sejak pertengahan bulan ini.

Bekas Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) sebuah akhbar tempatan, Amran Ahmad berkata,serangan bertalu-talu, keterlaluan dan setiap hari itu bukan sahaja membuatkan rakyat muak dengan berita sama malah turut mencalarkan lagi aspek kebebasan media di negara ini.

Mengulas perkara sama, Amran turut mempersoalkan kewajaran dan keadilan dalam liputan oleh media-media arus perdana yang 'menyerang' Guan Eng setiap hari padahal siasatan baru bermula.

"Media arus perdana di Malaysia yang diketahui tidak bebas dengan dikuasai oleh parti pemerintah terus dicengkam dengan Umno dan Barisan Nasional yang mengambil peluang 'menghentam' Guan Eng selaku pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amran berkata, sebagai pendokong isu-isu yang diperjuangkan oleh kesatuan sekerja di negara ini terutama kebebasan media, pihaknya melihat serangan ke atas Guan Eng secara keterlaluan ini diusahakan untuk mencipta sentimen negatif terhadap Guan Eng yang belum pasti dibuktikan bersalah.

"Perbicaraan menerusi media dengan hukuman telah dijatuhkan menerusi penciptaan persepsi negatif di kalangan pembaca walaupun belum ada keputusan secara adil adalah sesuatu yang tidak sihat," ujar beliau lagi.

Sebagai bekas wartawan Utusan, beliau memahami modus operandi media-media arus perdana di negara ini yang menyedia serta menyiarkan berita-berita yang memihak kepada pemilik syarikat, namun, keadaan seharusnya berubah dan diperbaiki dari semasa ke semasa agar pembaca mendapat maklumat yang betul.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Si lahanat babi dapigs laknatullah.
    BGuih hg pi makan taik babi la si amran lahanat pemungut taik bani dapigs laknatullah.
    Melayu babi si amran lahanat ni

  2. Anonymous says:

    MELAYU YANG SUKA MAKAN DAGING BABI

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.