..

..

LAGI BUKTI BAHARU PEMUDA UMNO P.PINANG KE SPRM ISU SKANDAL TANAH TAMAN MANGGIS #LGERasuah

on Saturday, March 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



– Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mengemukakan bukti terbaru mengenai kelulusan penjualan tanah di Taman Manggis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Naib Ketua Pemuda Kepala Batas Muhammad A’fif Osman yang mewakili Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, berkata pihaknya mengemukakan laporan berhubung dua dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P) berkaitan tanah yang diperuntukkan untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) itu.
A’fif, bagaimanapun berkata kandungan dokumen bahan bukti terbaru itu tidak boleh didedahkan pada masa ini agar tidak menjejaskan siasatan SPRM.
“Saya meminta SPRM supaya menyiasat dengan lebih terperinci bagi mengelak daripada berlakunya sebarang penyelewengan dalam proses penjualan tanah itu,” katanya sebelum menyerahkan dokumen itu, di pejabat SPRM di sini hari ini.
Beliau turut mendakwa penjualan tanah di Taman Manggis kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) dibuat di bawah harga pasaran.
Isu tanah di Taman Manggis dan pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bermula apabila ia dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya, yang meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta itu, sedangkan nilai semasa rumah itu lebih RM3 juta.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.