..

..

KU LI DEDAH MAHATHIR LAGI DIKTATOR DARIPADA NAJIB

on Tuesday, March 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengakui bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad merupakan seorang yang lebih diktator berbanding Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berdasarkan pengalaman dan penglibatannya dalam dunia politik yang luas, Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih mesra dipanggil Ku Li diminta untuk memberi pandangan mengenai siapa di antara kedua-dua individu tersebut yang bersikap lebih diktator.  
“Siapa yang lebih diktator? Najib atau (Tun) Mahathir?,” soal beliau semula kepada pemberita yang bertanyakan soalan tersebut dan diiringi gelak ketawa semua yang hadir pada sidang media yang bertempat di pejabatnya, di Jalan Langgak Golf, di sini hari ini.

“Jadi jika saya nak kata dia (Tun Mahathir) tidak diktator, dah tak boleh lah, kerana dia (Tun Mahathir) kata dia diktator,” jelas Ku Li.


“Setakat hari ini, kita terima pengakuan yang dibuat oleh orang berkenaan (Tun Mahathir)..dia yang mengaku dia yang diktator.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Mahathir dalam satu ceramah pada perhimpunan ‘Selamakan Malaysia’ anjuran Pakatan Harapan di Padang Pandan Indah semalam yang menggelarkan Perdana Menteri sebagai seorang yang diktator dan perlu digulingkan.
Menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau seringkali mengkhianati Tun Mahathir, Ku Li berkata  dirinya juga sering kali menjadi mangsa penipuan oleh bekas Perdana Menteri itu, namun masih lagi mengekalkan hubungan baik dengannya kerana enggan bermusuh dengan sesiapa.
“Saya juga banyak kali ditipu oleh Tun Mahathir…tapi saya bersabar dan terima..,” ujarnya lagi.
Terdahulu, dalam sidang media yang sama, Tengku Razaleigh sekali lagi menafikan tanggapan bahawa beliau ‘berpaling tadah’ setelah menandatangani dokumen yang menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang gerakan.

Beliau juga turut menafikan dakwaan terbabit dengan gerakan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta kewujudan Akuan Bersumpah (SD) yang kononnya mahu menggantikan Perdana Menteri sekiranya rancangan tersebut berhasil.


One Response

  1. Anonymous says:

    kalau ku li pun madey blh tipu setakat cinapek lks tu sap2 soi je tu... antara madey dgn ular yg mana kena bunuh dulu?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.