Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sedangkan pemimpin pembangkang yang lain seperti Ahli Parlimen Pe­taling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli secara terbuka menyeru penyingkiran Perdana Menteri sejak beberapa bulan lalu.

“Ironinya individu berkenaan juga mendakwa mereka sebagai benteng terakhir demokrasi tetapi pada masa sama mereka juga berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang telah diberikan mandat oleh rakyat untuk memimpin negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Azali­na berkata, Kit Siang cuba menggambarkan penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO sebagai satu bentuk ‘pembersihan’, sedangkan pemimpin kanan DAP itu sendiri tidak asing daripada melakukan penyingkiran terhadap pemimpin partinya.

Sehubungan itu, tegas Azalina, adalah lebih baik untuk Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak mencampuri urusan dalaman UMNO.

“Pada masa sama pemimpin DAP itu juga tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan kesetiaan mana-mana pemimpin parti itu terhadap Presiden UMNO,” tegasnya.

Sementara itu, merujuk kenyataan Kit Siang yang terus mempersoalkan kenapa Najib tidak didakwa dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Azalina berkata, adalah amat mendukacitakan bagi Kit Siang yang juga seorang ahli Parlimen untuk me­ngabaikan prinsip yang paling suci dalam sistem keadilan jenayah.

“Setiap individu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan,” katanya