..

..

KERAJAAN DAP DIDESAK BINA RUMAH PPRT ATAU GUAN ENG LETAK JAWATAN ? - PEMUDA BN

on Saturday, March 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Hari ini  kira-kira 500 anggota Barisan Nasional (BN) dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman di Taman Manggis, Jalan Burmah di sini, mendesak Lim membina PPRT atau melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.
Ketua Pemuda UMNO negeri Rafizal Abdul Rahim berkata PPRT yang dirancang di Taman Manggis sepatutnya diluluskan kerajaan sekarang memandangkan ramai dalam kalangan rakyat Pulau Pinang belum memiliki rumah.
“Kami ingin membela nasib rakyat negeri ini yang memerlukan sebuah tempat kediaman yang lebih selesa walaupun disewa dan bukan milik sendiri,” katanya  kepada pemberita selepas perhimpunan itu.
Semalam, Lim dilaporkan berkata memandangkan tanah di Taman Manggis hanya 0.4 hektar, kerajaan negeri menggantikan tanah seluas 4.45 hektar di Jalan SP Chelliah di sini, untuk pembinaan rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik.


Ketua Pemuda BN negeri H’ng Chee Wei pula meminta Lim menggantikan PPRT itu di Jalan SP Chelliah dan bukannya dengan membina rumah kos rendah atau rumah mampu milik.
“Sekiranya betul projek itu telah digantikan ke Jalan SP Chelliah dengan tanah yang lebih luas, mengapa PPRT tidak disenarai dalam pelan projek di
situ?,” katanya.
Antara wakil BN dan NGO yang hadir ialah Naib Pengerusi Gerakan Bahagian  Tanjung H’ng Khoon Leng; Ketua Pemuda PPP negeri P.Thaiyalan; Yang Dipertua Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (GPEM) Mohd Rizuad Mohd Azudin; dan Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) Mohd Ali Baharom.
Terdahulu, Ali yang turut membuat laporan SPRM berhubung pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn di sini, meminta campur tangan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas untuk meminta Lim mengambil cuti daripada menjalankan tanggungjawab sebagai ketua menteri sehingga selesai siasatan SPRM.






Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.