..

..

KARIER POLITIK MUHYIDDIN GAME OVER BILA BERSEKONGKOL DAP - AHLI UMNO PAGOH

on Wednesday, March 9, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 19 Comments



Benar apa dikatakan seorang Ketua Cawangan dari Bahagian Pagoh , bersekongkol dengan DAP telah menamatkan karier politk dan prinsip perjuangan Muhyiddin dalam UMNO . 

DAP amat  dibenci ahli totok  UMNO kerana mereka adalah musuh utama parti sejak dahulu lagi  , jadi waima apa pun hubungan politik seperti ini dijalinkan Muhyiddin dengan alasan mencegah kemungkaran kononnya dilakukan PM , ia tidak boleh diterima ahli parti . 

Dia memang wajar dipecat  kerana tindakannya  telah melanggar peraturan dan Perlembagaan parti 


Seorang pemimpin cawangan Umno dari bahagian Pagoh menyifatkan karier politik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai semakin menghampiri 'game over' berikutan tindakannya menandatangani deklarasi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Cawangan Seri Ledang Utara, Datuk Zaaba Aman berkata berpendapat adalah lebih jika Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan itu turut dipecat daripada parti.

“Untuk kebaikan Umno sendiri, lebih baik jika Muhyiddin dipecat. Dia dah ‘finish’, ‘game over’, cukup.


“Dah kesilapan beliau sendiri, nak buat macam mana. Perjuangan Muhyiddin dah bertentangan dengan apa yang beliau cakap sebelum ni," katanya seperti dipetik dalam sebuah portal berita pada Selasa.

Zaaba merupakan kenalan rapat kepada Muhyiddin.

Beliau berkata keputusan Muhyiddin untuk menandatangani Deklarasi Rakyat menentang Najib bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang telah memusnahkan karier politiknya.

“Sebagai pejuang yang tegar, macam mana beliau boleh bersekongkol dengan DAP? Pada saya, beliau dah pergi jauh," katanya.

Menurut Zaaba, beliau bimbang Muhyiddin akan menggunakan pentas di mesyuarat Umno Bahagian itu untuk mengkritik presiden.

"Saya bimbang, kita nak menghadapi mesyuarat Bahagian tak lama lagi. Jadi, bila dia bertenggek atas pentas Bahagian nanti, dia akan belasah Najib dan pimpinan Umno habis-habisan.


“Kita kat Pagoh dok termenung je. Saya tak boleh terima tu," katanya.


19 Responses

  1. Anonymous says:

    UMNO yang sebenarnya akan Game Over kerana adanya ahli dan ketua cawangan bodoh macam Zaaba Aman ni.

    Sampaikan terang-terang Najib buat masalah pun masih disokong lagi ke? Pasal duit RM 2.6 bilion tu, dah jadi bahan lawak dijenaka bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia, Zaaba Aman ni mungkin tinggal dalam gua sebab tu tau tau apa.

    Tan Sri Muhyiddin dah cuba yang terbaik untuk selamatkan parti, tetapi banyak kepimpinan UMNO yang tak pedulikan parti, daripada beliau terheret lingkup maka lebih baik beliau usahakan untuk selamatkan parti, sekurang-kurangnya walaupun karier politiknya hancur, tetapi maruahnya sebagai manusia masih ada, bukannya macam Zaaba Aman, sanggup jual maruah, jadi penjilat orang berkuasa sampaikan negara dipelingkupkan pun Zaaba Aman pun masih boleh sokong lagi.

    Sila Zaaba Aman berikan penjelasan mengenai isu RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib tu kepada rakyat, sebab isu itu dah kes jenayah yang patutnya didakwa di mahkamah, tapi dibuang kes kerana Apandi Ali dilantik oleh Najib jadi Peguam Negara.

    Malahan penyingkiran Tan Sri Gani dari jawatan Peguam Negara dengan alasan sakit, pasal apa sekarang Tan Sri Gani jadi Pengerusi Sarawak Hydro pula, hari tu kata sakit sangat, sekarang pasal apa boleh jadi Pengerusi Sarawak Hydro pula. Sila beri penjelasanlah, kalau takat ampu macam bangsat tu, tak ada gunanya.

    Bersikap jujurlah, baru ada maruah, baru ada integriti, barulah dihormati orang, hormat tak boleh dibeli, sebab itulah walaupun Najib itu PM, tapi ramai tak hormat dia sebab perangainya buruk, tetapi ramai rakyat Malaysia hormat dan sayang Tun Dr. Mahathir sebab dia berjuang untuk rakyat.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

  2. Anonymous says:

    din ckp dia anak tok guru tp perangai tak mcm org beriman pun.. sbb nafsu tamak haloba sanggup mengorbankan prinsip perangai dia lebih hina dr org yg dia hina..

  3. Anonymous says:

    Allahuakbar kenapa begitu singkatnya pemikiran x pm dan tpm kita. Tidakkah mereka memikirkan demii anak cucu negara dan bangsa hanya kerana nyamok kelambu dibakar. Apakah mereka berfikir dgn menjatuhkan najib xpm x tpm x mb akan jadi pm. Kena fikir dap pkr pam dll x kan semudah itu memberi laluan kpd mereka kerana mereka telah lama menunggu saat itu. Akhirnya perebutan kuasa lebih teruk akan berlaku. Malah permusuhan sesama kaum dan bangsa akan terjadi. Negara akan jad huru hara. Keselamatan x terjamin. Mungkin akan mengakibatkan ekonomi juga. Dimana org2 seperti kita nak tinggal dan hidup. Dari itu cuubala kita berfikiran lebih rasional demi diri keluarga aknak cucu cicit kita. Saya tidak meyokong mana2 tapi saya memikirkan apa akan terjadi jika terlalu mengikut hati perasaan dan nafsu untuk berkuasa. Mereka boleeh bebuat demikian tapi kena fikir kehidupan orang lain. Jangan fikirkan perasaan sendiri dan nafsu. Kasihanilah org awam yg x berdosa. Lihatlah dan ambil pengajaran dari apa yg berlaku dinegara2yyg sedang bergolak. Negara mereka besar kesannya x dirasai sangat. Saya berharap saudara2 ku semua berfikir panjang demi masa depan. Kita ingin dan mahu org melayu/isla menjadi pemerintah walau sejahattmana puun itu urusan dia deengan tuhan. Lihatlah yg teradi di iraq semasa hayatt saddam hussien dikatakan kejam dsbnya. Tetapi selepas kematiannya baru rakyatnya sedar saddam lebih baik dari yg keemudian. Jangan kita juga meenyesal spt itu. Spt tikus membaiki labu.

  4. Hanan says:

    Abu Bakar..tenguk le tarikh surat pertuduhan tu..seperti mana yg di perjelaskan oleh RPK

  5. Hanan says:

    Abu Bakar..tenguk le tarikh surat pertuduhan tu..seperti mana yg di perjelaskan oleh RPK

  6. Anonymous says:

    Zaaba adakah anda inginkan jawatan Mahyuddin?

    heheheh tunggu PRU 14....nengok apa jadi.

    Kata penyaynyi terkenal.....PERCAYALAHHHHHHHHHHHH

  7. Anonymous says:

    Anon 1.29pm...
    Siapa yg tamak haloba..Najib atau TSMY? Kalau bukan tamak haloba kenapa duit derma (jika benar) untuk umno dia sapu masuk akaun sendiri senyap2. Belanjakan duit tersebut tanpa pengetahuan MT umno macam suit Mak Bapak dia. Apa pilihan yg TSMY ada setelah segala badan yg menegakkan undang2 dikuasai oleh Najib? Lihatlah dengan mata hati anda.

  8. Anonymous says:

    Malays@muslim vs Malays@muslim yg untungnye..dapig...
    Betapa bodohnya politiction melayu yg mngaku muslim...

  9. Anonymous says:

    Najiblah berjuang untuk rakyat, sedangkan Tun berjuang untuk kroni dia saja. Muhyidin kalau dah bersama DAP, beliau patut keluar dari UMNO. Apapun parti berhak pecat kerana dia bertindak bertentangan dengan aspirasi parti.
    Pagoh carilah orang lain untuk ganti Muhyidin.

  10. Anonymous says:

    Pusinglah kot manapun en bakar, bila dah langgar prinsip sendiri maknanya dah menggali kubur untuk mati. Kalau selama ini berprinsip bahawa dap selama-lamanya parti perosak, cauvenis dan rasis kenapa dalam menentang najib perlu terhegeh2 bercomolot dgn dap? Apa bezanya perangai najib dengan muhyidin, mahathir dan mukhriz jika untuk sesama berperang menggunakan strategi hodoh dan kotor untuk menang? Jika najib menggunakan semua entiti yg ada untuk melepaskan diri dari isu besar 1mdb serta derma 2.6 bilion, adakah muhyidin, mahathir dan mukhriz juga terikut dengan rentak 'niat menghalalkan cara'? Mana prinsip totok umnonya selama ini. Ditelan dendam kesumat dan sakit hatikah? Perbuatan bodoh bersekongkol dengan dap dan pkr sebenarnya menaikkan reputasi najib secara langsung! Tak perlu bersusah payah, najib dapat untung moral. Serius bodoh tindakan menentang najib kali ini. Penyokong umno yang bersama mahathir semakin keliru. Sudah nyanyukkah pemimpin yang diharap mampu mengubah kuasa najib ini?

  11. Anonymous says:

    Terbaik Datuk Zaaba Aman

  12. Unknown says:

    Kan dah diterangkan pasal isu 2.6 b tu. Tolong lah nilaikan betuk betul, apa yang kamu tak faham dan puas hati pasal isu ni. Masa Allah.

  13. Unknown says:

    Kan dah diterangkan pasal isu 2.6 b tu. Tolong lah nilaikan betuk betul, apa yang kamu tak faham dan puas hati pasal isu ni. Masa Allah.

  14. Anonymous says:

    komen Abu Bakar tu jangan dengar sangat..dia ni penjilat tegar Tun...kat semua blog dia ada komen jilat Medey..haaa

  15. Anonymous says:

    Assalam Bro,Muhyidin berjuang kerana kebenaran bukan kerana politik.1MDB tiada berkaitan dengan politk.Ini masalah negara.Tolong fahamkan.Najib yang buat onar tetapi kenapa negara yang harus dikorbankan ?

  16. Anonymous says:

    Puak pembangang ni kalau buat ulasan terus buat aku rasa nak inzal...hahaha tak kemananya...

  17. Anonymous says:

    Walaupun 1MDB tu ada masalah kewangan, tapi dia ada aset yg dibeli melalui pinjaman itu. Dan sekarang aset dah jual balik dan selesaikan hutang. X de masalah kan, duit kerajaan pun x cuit. X de duit hilang pun.

    Dulu Tun, ambil duit rakyat bailout kroni, bilion2 duit lesap gitu je. Duit rakyat x dipulangkan. Yg ni muhyidin
    senyap kenapa? Walhal ia jauh lebih serious.

    Kesimpulannya muhyidin nak jatuh kan Najib kerana mahathir dan kroni di samping dia nak jadi PM ikut jalan belakang.

  18. BAHA TAHA says:

    Muhyiddin: You're over now. So, no more game for you......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.