..

..

KALAU SUDAH 2 KALI KELUAR PARTI , IA TAK BERI IMPAK & MENGUGAT UMNO - @NajibRazak

on Wednesday, March 2, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari UMNO tidak member kesan kepada parti itu, kerana ini kali kedua bekas Perdana Menteri itu berbuat demikian.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebiasaannya jika sesaorang itu keluar parti, kesannya pada kali pertama tetapi apabila dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan UMNO.
Najib yang juga Presiden UMNO menjawab soalan media mengenai tindakan Tun Mahathir keluar dari UMNO.
Beliau kini berada di Jeddah melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.
Menurut Najib, UMNO tidak menolak TunMahathir manakala beliau bukan pemimpin yang memikirkan kedudukan.
“Tapi kita bukanlah parti yang menolak dia, dan saya bukanlah pemimpin yang  memikirkan tentang kedudukan saya sahaja seperti yang didakwa kerana yang perlu kita fahami ialah saya dipilih oleh proses demokrasi yang paling terbuka dalam sejarah UMNO.
“Iaitu 160,000 perwakilan UMNO memilih saya, bukan menggunakan perlembagaan lama, perlembagaan lama dulu banyak kekangannya misalnya kalau nak bertanding jawatan presiden, 56 bahagian kena calonkan seseorang itu.
“Tapi pada pemilihan UMNO, ia paling terbuka sekali dalam sejarah, maknanya apa yang saya dapat hari ini ialah mandat daripada perwakilan UMNO yang begitu terbuka berasaskan kepada prinsip demokrasi.”, katanya.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan ada lagi pemimpin UMNO akan keluar parti, Najib berkata, “Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan UMNO ini akan kita pastikan.Maknanya pemimpin yang komited kepada UMNO dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan UMNO,”.
Kepada pertanyaan sama ada usaha memujuk Dr Mahathir akan dibuat, Najib berkata ia bukan perkara mudah.
Najib berkata beliau beriltizam untuk meneruskan mandat yang diterimanya  daripada anggota UMNO.
Kepada pertanyaan seterusnya berhubung kenyataan-kenyataan Dr Mahathir yang dilihat banyak menjejaskan imej negara, beliau berkata bekas perdana menteri itu bukanlah seorang yang mudah menghentikan sesuatu yang dilakukannya.
Menurut Najib, apa yang penting sekali ialah UMNO dan kerajaan mesti dipertahankan.
“Yang kedua ialah kita mesti tunjuk apa saja yang dilakukan oleh sesiapa termasuk Tun tidak akan mengalih pandangan kita daripada agenda utama iaitu untuk terus membangunkan negara termasuk ekonomi negara kita,” katanya.
Najib seterusnya berkata dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini, kerajaan akan terus menentukan kesejahteraan rakyat tidak terabai.
“Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya UMNO lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” kata Perdana Menteri.


One Response

  1. akmy says:

    Mahathir hanya mengesahkan lagi dia termasuk dalam perancangan yahudi, pembangkang dan pengkhianat lain…“Dia (Nat) pernah jadi Setiausaha Eksekutif kepada Pengerusi Foundation for the Future iaitu Anwar..“Selain membantu Tian Chua, dia menulis dalam Malaysiakini dan dipercayai masih berperanan dalam sebarang program “educating Malaysia for democracy” yang dibiayai oleh CIA,” ulas The Unspinners..For too long now, I think Anwar, PKR and Pakatan have become convinced that they can get away with murder, because they believe those of us who hunger for change simply have no other options…This story suggests that we are on the edge of a crisis; that forces linked to former PM Dr Mahathir are looking to dethrone PM Najib, and instigate an era of unprecedented racial and religious strife…
    ….…ini bukan setakat Mahathir kerana diketahuiui bahawa dibelakang semua ini bukan calang2 musuh..ianya melibatkan “dalam bab Dominionism and ChristianZionisme in Malaysia, Ian Buchanan mendedahkan statistik sebanyak 70% penganut Kristian di Malaysia adalah Evangelis. Gerakan Evangelis ini dipengaruhi agenda global imperialis barat dan Yahudi, faham mereka adalah Christian Zionism dan Dominionism. Walaupun tidak semua Evangelis di Malaysia berfahaman ekstremis begini, tetapi trend yg meningkat saban tahun membimbangkan”.. Dikalangan bangsa Cina di Malaysia telah timbul kesedaran supaya berhati2 dengan strategi dan dakyah golongan Evangelis ini kerana mereka menyuntik faham ekstremis, sekaligus merosakkan hubungan antara kaum yang sedia lama terbina serta merenggangkan institusi kekeluargaan bangsa Cina itu sendiri…!..(Helen Ang | Januari 22, 2014 at 3:26 pm)..”Org bukan Islam (Buddhist, Taoist, Hindu, Sikh, etc) tidak pernah mengusik undang2 yg memelihara agama Islam..yg mencabar KDN, saman kerajaan, yg mahu meminda undang2, pelbagai hinaan.. semuanya org Kristian, kerja evangelista...Orang Buddhist, Taoist, Hindu, Sikh tidak menjalankan kerja dakwah pun”… Pemimpin evangelista DAP lah yang bertanggungjawab menyisihkan masyarakat Cina daripada arus perdana menerusi Politik Benci mereka…

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.