..

..

JIKA KHIR TOYO DIPENJARA, GUAN ENG BELI RUMAH HARGA MURAH DARI PASARAN TAK WAJAR TERLEPAS SPRM

on Thursday, March 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP - Bagan) membeli sebuah rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah. Kata Datuk Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu.

 Lim Guan Eng melalui laman sosial Twitternya sudahpun mengaku membeli 10,150 sq. ft. tanah berserta binaan rumah banglo. Beliau menulis akan menjawab persoalan ini esok. Persoalannya, kenapa perlu Lim Guan Eng tunggu sehingga esok untuk menjawab persoalan sama ada beliau telah membeli rumah banglo berkenaan lebih rendah daripada harga pasaran atau tidak.  Tokong Lim mendakwa harganya murah disebabkan tiada kolam renang dan rumahnya lama. Sama ada adanya kolam renang ada tidak seperti dakwaannya tidak menjadi persoalan. Begitu juga jualan 'subsale' tidak bermakna harga jualan menjadi lebih murah daripada harga pasaran.

Malangnya Tokong Lim terlupa fakta di bawah:

 1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah.

 2. Rumah yang telah mengalami proses pengubahsuaian oleh pemilik asal dijual dengan lebihan RM300,000 sahaja berbanding harga asal pada 2008 iaitu RM2.5 juta.

 3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta. Jika Mantan Menteri Besar Selangor dipenjara setahun akibat membeli rumah banglo yang harganya di bawah harga pasaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tidak mengambil sikap pilih kasih dengan tidak mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Jangan lupa, Ketua Menteri yang sama telah 'ditangkap' berbohong semalam oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan isu harga minimum rumah kos murah. Baca di bawah.

Sumber: http://khairulryezal.blogspot.my/2016/03/kalau-ds-khir-toyo-dipenjara-beli.html?m=1

4 Responses

  1. Anonymous says:

    Haram Jadah punya SPRM.. mereka hanya alat perkakas politik untuk jatuhkan org Melayu dan UMNO sahaja. Satu kes pun tak terbuka fail bila melibatkan DAPig atau Pakatan Haprak.

    Terang2 di Pulau Pinang kes2 penyelewengan projek lereng bukit, tambak laut tanpa EIA atau kelulusan rasmi, tiba2 boleh naik dengan 'selamat'

    Kes rasuah dan kekayaan luar biasa Lim Sial Eng DAP CM Penang langsung tak disiasat. Yang hanya galak siasat jika kena pada Najib atau org UMNO. Siasat dan sebar habis2an dokumen kemudia siap Dato Bahrin Celaka bini Ddua tu boleh jatuh hukum lagi utk tangkap PM.. Abu Kassim Salamat Pengerusi SPRM hanya jadi tukang salak dalam paper sahaja.. apa ini?

    SPRM dipenuhi staf2 yang direkrut oleh Pakatan Haprak..sejak kes TBH lagi.. masih buat tak tahu lagi ke pihak Kerajaan?

  2. Anonymous says:

  3. puiii says:

    sejak bila blog umno ambil kisah pasal khir toyo? kesian dia, dibuang mcm tu sj

  4. Anonymous says:

    Yang punya sumber kuat tentang bukti ini sila laporkan kepada pihak berwajib. sprm.
    Melayu boleh dipenjarakan atas kesalahan sebegini
    kenapa tidak cina?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.