..

..

GUAN ENG SUDAH STRESS RUMAH BANGLO MURAH, CABAR SHAHBUDIN DATANG KE KUBU LAWAN DEBAT

on Sunday, March 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Sikap ala gangster Guan Eng mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor YB Datuk Shahbudin Yahya  supaya datang kubunya di Komtar berdebat jelas menampakkan ketakutan di dalam dirinya . Ia seolah-olah menyerlahkan pembohongan  kenyataannya sebelum ini bersedia disiasat SPRM . 
Kenyataan YB Datuk Shahbudin di Parlimen meminta SPRM menyiasat dakwaannya bukan minta berdebat dengan Guan Eng.  Malah siasatan SPRM juga akan memanggil beliau bagi membantu siasatan  dan itulah sistem perundangan dan keadilan di Malaysia .Bukannya berdebat  untuk lihat siapa bercakap benar depan media untuk  menjatuhkan hukuman . 
Malah Timbalan Menteri Luar DS Reezal Merican mencabar Guan Eng memberi penjelasan secara gentleman di Parlimen minggu depan bukan mencabar Shahbudin . 

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Lim wajar membuat penjelasan secara ‘gentleman’ di Parlimen kerana minggu depan akan bermulanya penggulungan di mana beliau (Lim) boleh mencelah dengan memberi penjelasan berhubung pembelian rumah berkenaan yang jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.

“Saya hairan kenapa Lim mahu mencabar Shabuddin pada Ahad ini, yang sepatutnya beliau (Lim) patut memberi penjelasan di Parlimen yang akan bersidang Isnin ini,

.

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar George Town pada 18.3.2016
Menjemput Pengerusi PERDA merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya untuk bersemuka secara satu-sama-satu “Mencari Kebenaran Daripada Fakta” di hadapan pihak media massa di pejabat saya di Komtar pada hari Ahad, 20 Mac ini jam 11am.
Pertama sekali, saya berasa kesal dengan beberapa laporan akhbar yang tidak tepat seperti mana yang dipaparkan pada hari ini sedangkan saya tidak memberi apa-apa ulasan kepada mereka. Justeru, saya mengeluarkan kenyataan media secara bertulis ini untuk mengelakkan sebarang salah tafsir atau gambaran salah yang dibuat secara sengaja.
Saya membaca laporan Malaysiakini semalam bahawa Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Pengerusi PERDA Datuk Shabudin Yahaya telah membuat tuduhan rasuah terhadap saya di Dewan Rakyat di mana beliau telah mengaitkan pembelian rumah saya dengan tanah Kerajaan Negeri di Taman Manggis yang telah dijual pada tahun 2012 kepada pemaju swasta untuk membina hospital swasta dan hotel. Tuduhan ini adalah palsu dan tidak berasas.
Saya ingin melihat apakah fakta yang mendorong Datuk Shabudin untuk membuat tuduhan seperti ini. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Saya ingin menjemput Datuk Shabudin Yahaya untuk bersemuka dengan saya “Mencari Kebenaran Daripada Fakta” di hadapan pihak media massa di pejabat saya di Komtar pada hari Ahad, 20 Mac ini jam 11am. KLIK DI SINI


3 Responses

  1. Anonymous says:

    PAS SELANGOR....PAS PULAU PINANG ATAU PAS PUSAT DAH BUAT LAPURAN PULIS DAN SPRM KE BELUM PASAL BANGLO LGE DI PULAU PINANG...? Pelik sungguh perangai org PAS ni....PAS pulau pinang makan dedak......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.