..

..

GUAN ENG PETIK NAMA NIK AZIZ UNTUK SELAMATKAN DIRI DIDESAK BERCUTI

on Thursday, March 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



3 MAC: Tersepit dengan isu pembelian banglo dan penjualan tanah Taman Manggis serta tidak ramai pemimpin DAP serta Pakatan Harapan yang mempertahankannya, Lim Guan Eng menghala ‘senapang’ kepada PAS, UMNO dan media.
Dalam kenyataan panjang lebar, Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini menuduh PAS dan UMNO berganding bahu menuntutnya bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dua isu tersebut.
nikazizlgeBeliau lupa, sebenarnya yang mencadangkan beliau bercuti adalah ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamuddin  dan pemimpin NGO Datuk S. Ambiga yang diketahui memang rapat dengan pembangkang.
Guan Eng mengaitkan PAS dan UMNO kononnya kerana kedua-dua parti tidak membuat tuntutan yang sama kepada Perdana Menteri untuk pergi bercuti, dalam isu derma  RM2.6 bilion di dalam akaun bank peribadinya.
Sekali lagi Ahli Parlimen Bagan itu lupa bahawa Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan kumpulan Ketua Cawangan UMNO telah mendesak Perdana Menteri berhenti atau bercuti.
Menerusi kenyataan itu, beliau juga angkat bakul sendiri mengakui dirinya sentiasa menjalankan pentadbiran yang bersih Pulau Pinang mengikut prinsip CAT atau  kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan.
Penjualan tanah Taman Manggis katanya melalui tender terbuka kepada kepada orang ramai dan diberikan kepada syarikat yang membayar harga tertinggi.
Malah tegasnya, wanita yang menjualkan rumah kepadanya  tidak pernah memegang saham atau pengarah syarikat di dalam syarikat yang membeli tanah tersebut.
Guan Eng menuduh  laporan rasuah terhadapnya oleh Barisan Nasional adalah palsu dan konspirasi bagi membunuh watak dan mematikan karier politiknya .
Dalam mempertahankan dirinya, Setiausaha Agung DAP itu berkata, beliau tidak perlu mengambil cuti kerana dakwaan itu secara terang-terangan adalah palsu.
Beliau menuduh tindakan menyiasatnya adalah semata-mata kerana dirinya tidak mempunyai pengaruh dan kawalan ke atas siasatan SPRM atau Peguam Negara, yang menjalankan kuasa pendakwaan penuh.
Peliknya, walaupun DAP membenci PAS dan menganggap parti itu kini musuh, Guan Eng menjadikan kes tuduhan palsu terhadap bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mempertahankan hujahnya.
Katanya, bekas Menteri Besar Kelantan disiasat oleh SPRM atas tuduhan palsu rasuah ke atas perjalanan umrah tajaan ke Mekah pada tahun 2009, yang kemudiannya dibatalkan.
“Tiada siapa yang meminta Nik Aziz untuk pergi bercuti,” katanya.
Akhir sekali, media turut dimangsakan Guan Eng apabila meminta penyokong-penyokong bersabar berdepan serangan ganas oleh TV3 dengan berita-berita berkaitan isunya setiap malam sedangkan isu lebih besar adalah skandal rasuah RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan.
Ini termasuk akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan akhbar Cina juga bertindak bersama-sama dengan media BN terhadapnya.
Meneliti kenyataan media Guan Eng, jelas beliau tersasar tajuk sebenarnya isu banglo dan Taman Manggis yang dijual lebih rendah daripada harga pasaran.
Bukan jawapan ini yang rakyat mahu tetapi penjelasan terperinci berhubung kedua-dua isu terutama berkaitan penjualan tanah yang sepatutnya diperuntukkan bagi membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin.
Beliau kena jelaskan kenapa syarikat yang membeli tanah pada harga kira-kira RM11 juta tetapi dapat memajak tanah pada harga lebih RM11.4 juta, menukar syarat kegunaan tanah dan beberapa transaksi penjualan serta dokumentasi meragukan.
Janganlah mengalih isu mengaitkan UMNO, PAS dan media kerana itu semua idea lapuk pembangkang.
Sekurang-kurangnya beliau malu kerana mengaitkan allahyarham Nik Aziz dalam isunya semata-mata mahu menagih simpati orang ramai.
Mana integriti beliau yang pernah pernah bangga kononnya mendapat jolokan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz?


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.