..

..

GUAN ENG KANTOI MENIPU RAKYAT, HARGA RUMAH MAMPU MILIK RM400RIBU DIBUAT KERAJAAN NEGERI

on Thursday, March 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Dakwaan bahawa Rumah Mampu Milik (RMM) yang dijual di Pulau Pinang dengan harga RM400,000 ditentukan kerajaan Persekutuan adalah satu pembohongan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata harga maksimum rumah di Pulau Pinang ditentukan oleh kerajaan negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan.
“Pada kesempatan ini saya ingin membetulkan dakwaan YB Bagan (Lim Guan Eng) dan kenyataan YB Batu Kawan (P. Kasthuriraani) semalam, yang menegaskan takrifan harga RMM sebanyak RM400,000 ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, ini adalah pembohongan.
“Ini adalah keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri. Saya tidak mahu rakyat menuduh Kerajaan Pusat sedangkan keputusan meletakkan harga rumah RM400,000 datangnya daripada kerajaan negeri,”kata Abdul Rahman. Menurut Abdul Rahman, dalam mesyuarat lepas, Majlis Perumahan Negara (MPN) belum membuat keputusan berhubung harga RMM yang akan diharmonikan.
“Pulau Pinang kata nak buat RM400,000 namun kita tidak pernah setuju. Kita kata pergi balik dan bincang dengan semua negeri dan kita bawa ke mesyuarat MPN akan datang,” katanya.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.