..

..

GERAKAN DEKLARASI MAHATHIR BUATKAN AKAR UMBI MARAH SEBAB BERSEKONGKOL DAP

on Wednesday, March 9, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Semalam kolumnis akhbar minta pandangan aku mengenai respons akar umbi UMNO terhadap gerakan terbaru Mahadet dalam usaha menggulingkan Najib Razak sebagai PM.
Secara jujur aku jawab...
Tindakan terbaru Mahadet bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan DAP membuatkan ramai di kalangan akar umbi marah kepada Mahadet. Begitu juga respons ramai netizens yang aktif."
Kesilapan paling besar Mahadet adalah bersama Kit Siang untuk menggulingkan seorang Perdana Menteri UMNO (Baca Melayu Islam). Jika Mahadet teruskan secara solo atau berkumpulan dengan ahli UMNO lainnya, reaksi akar umbi akan berbeza pastinya."
Dalam lain perkataan, Mahadet and gang silap perkiraan kali ini. Outcome yang dikehendaki tidak tercapai.
Dakwaan yang disebut Mahadet dalam deklarasinya adalah hanya ulangan apa yang pernah disebut beliau sebelum ini.
Rakyat masih ingat jawapan Mahadet bila ditanya kenapa beliau sendiri tidak buat repot polis atau SPRM terhadap Najib Razak, supaya tindakan dan dakwaan boleh dilakukan terhadap Najib; "Saya tiada bukti".
Dengan kata lain, apa yang disebut hanyalah tuduhan tanpa bukti yang jelas dan nyata. Sekadar bermatlamat untuk menimbulkan kebencian dan hilang kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri.
Deklarasi Mahadet yang ditandatangani Jumaat lalu telah membuatkan sokongan kepada Najib Razak untuk kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri semakin mantap.

Azizi Bin Safar
Aktivis Media Sosia P.Pinang


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Assalam Bro,ko tanya pada ahli UMNO.Cuba ko tanya yang bukan ahli UMNO,macam mana ?

  2. Anonymous says:

    Fahami isi deklarasi..........

  3. Anonymous says:

    Saya bukan ahli UMNO, dulu saya bangga ada nya Tun Mahathir, tapi skrang saya sungguh kecewa tun bersekongkol dgn lim kit siang, dap.
    Sesiapa yg bersekongkol dgn dap adalah pengkhianat Umat Islam/Melayu.
    Pengkhianat bangsa ketahui lh kamu bila adakan kerjasama dgn dap bermakna kamu akan berada dibawah telunjuk dap.
    Adakah dap sayang kpd Islam sebagaimana majoriti umat Melayu sayang kn Agama Islam? Negara akan menjadi bangsat jika pengkianat2 dan dap perintah negara bertuah ini. NAUZUBILLAH!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.