Menurut beliau, pembelian banglo yang mencetuskan kontroversi kerana terlalu luar biasa murah daripada harga pasaran itu terpulang kepada kedua-dua belah pihak secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau ‘teman’ yang sesuai.
“Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual.

“Penjual merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan,

Cukup melucukan sekali jawapan Guan Eng yang mengingatkan juga kes DS Khir Toyo yang menerima hukuman penjara 12 bulan kerana membeli rumah banglo yang kurang dari harga pasaran . DS Khir Toyo pun  membuat pinjaman bank dan membayar deposit seperti mana Guan Eng

Apabila Guan Eng menjawab  penjual rumah banglo di beli itu bukan merupakan pemaju perumahan jelas satu pembohongan terang -terangan .







Semasa laporan polis dibuat hari ini oleh Datuk Huan  Cheng Guan , mereka turut mendedahkan hubungan  penjual rumah banglo Phang Li Koon dalam syarikat Winbond Management & Consultancy Sdn Bhd   yang tersebar meluas di media sosial .

Indidivu bernama Tan Yong Chew yang pemegang syer dalam KLIDC ( syarikat pembeli tanah Tmn Manggis  ) turut berada sebagai pemegang syer syarikat Winbond yang tertera nama Phang Li Koon . 

Apa kaitan Winbond dengan KLIDC Sdn Bhd ??