..

..

DEKLARASI MAHATHIR BUKAN UNTUK RAKYAT TAPI NAFSU POLITIK PERIBADI - @Rrafizal

on Tuesday, March 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Adalah menjadi amalan di Malaysia kepimpinan negara dipilih melalui sistem demokrasi; di mana rakyat mempunyai hak dan pilihan dalam menentukan pemimpin dan parti memerintah pada setiap kali piliharaya diadakan.

Sebarang tindakan yang tidak selari dengan amalan-amalan demokratik bagi merubah atau menukar pimpinan negara yang telah dipilih secara demokratik harus ditolak.





Deklarasi Rakyat yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kerjasama pimpinan parti-parti pembangkang, NGO-NGO yang terkenal sebagai anti-Kerajaan dan turut disokong oleh dua tiga orang pemimpin UMNO adalah bercanggahan, dan tidak selari dengan amalan demokrasi di negara ini.

Penyertaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut menyokong deklarasi tersebut amat mendukacitakan. Tindakan mereka untuk bersama dengan pimpinan parti-parti pembangkang memberi tekanan kepada pimpinan negara bagi saya adalah satu tindakan yang menampakkan mereka sudah telah terkeluar dari landasan perjuangan UMNO.

Jelas sekali mereka turut terjerat dengan mainan politik parti pembangkang yang mahu melihat kerajaan yang ditunjangi UMNO tumbang dan rebah.

Apakah mereka sudah tidak lagi mampu untuk menilai mainan politik atas nama rakyat yang diamalkan parti-parti pembangkang selama ini?

Apakah mereka sudah tidak nampak akan mainan politik pembangkang untuk mengambil alih teraju pimpinan negara?

Apakah mereka juga sudah menjadikan agenda politik peribadi itu lebih penting daripada agenda untuk agama, bangsa dan negara?

Saya secara peribadi mengecam tindakan  Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan menjadi teraju utama Deklarasi Rakyat. Pada saya deklarasi tersebut hanyalah bertujuan untuk memuaskan dendam dan nafsu politik peribadi beliau semata-mata.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dan Malaysia tidak terkecuali terkesan dengannya; seorang negarawan yang pernah memimpin negara selama 22 tahun seharusnya membantu pimpinan semasa negara dalam menangani cabaran global yang sedang dihadapi, bukannya mengintai ruang untuk mengambil kesempatan melancarkan henyakan politik terhadap pimpinan negara.

Apakah mereka beranggapan bahawa Rakyat seolah-olah tidak celik mata untuk melihat kerjasama yang diadakan oleh dua watak yang berbeza pentasnya pada masa dahulu, tapi kini bergabung untuk menjatuhkan sesebuah kepimpinan secara tidak demokratik?

Adakah ianya untuk rakyat? Jika ianya untuk rakyat mengapa mereka tidak dari dahulu lagi telah bekerjasama? Sah ini adalah untuk memuaskan nafsu politik peribadi semata-mata.

Saya menyeru kepada semua rakyat agar berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu perkara agar dapat membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan yang cemerlang.

Saya tidak menafikan deklarasi tersebut sikit sebanyak memberi kesan dan menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat, terutamanya ahli-ahli UMNO.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli parti untuk menjelaskan isu ini kepada rakyat agar terus menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sekian Terima Kasih

Rafizal Abd Rahim
28 Mac 2016


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.