..

..

DAP CONFIDENT BANTUAN MAHATHIR BOLEH RAMPAS PUTRAJAYA DARI UMNO

on Wednesday, March 2, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Kecuali DAP yang mengharapkan move terbaru Tun Mahathir Mohamad akan meningkatkan undi Melayu kepada parti itu, PKR dan PAS masih berbelah bagi samada nak ikut serta dengan agenda peribadi Presiden UMNO selama 22 tahun itu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Sehingga kini DAP paling bersemangat menyambut Mahathir keluar UMNO kerana dalam bacaan politik parti tersebut akan paling untung jika undi Melayu tidak bersatu menyokong UMNO.

Dengan terpecahnya undi orang Melayu, maka DAP boleh berangan untuk mengetuai pembangkang merampas Putrajaya dan sudah tentu move Mahathir adalah kesempatan emas buat parti dominasi Cina itu.

DAP yang mendapat kekuatan dan diterima oleh sebahagian besar penyokong pembangkang berketurunan Melayu ketika krisis Mahathir-Anwar pada 1998.

10 tahun selepas itu pada 2008, DAP buat pertama kali dapat menguasai Pulau Pinang, terima kasih kepada Mahathir yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN ketika itu dengan menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebab itu, DAP yakin dengan sokongan Mahathir kali ini mereka boleh merampas Putrajaya.

Manakala bagi PKR pula, ada dua pendapat atau dua kem, satu kem yang merasakan kehadiran Mahathir akan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak relevan dan kem ini menentang keras tindakan pemimpin kanan PKR Tian Chua bertemu dengan Mahathir, sejurus beliau mengumumkan keluar UMNO baru-baru ini.

Kumpulan loyalist Anwar merasakan agenda peribadi Mahathir hanya untuk menjatuhkan Najib tidak memberi apa-apa faedah kepada susuk Anwar.

"Jika Mahathir umum penganti Najib sebagai PM adalah Anwar baru kita sokong," kata ahli kumpulan tersebut.

Manakala satu pasukan adalah penyokong senyap Mahathir yang terdiri daripada beberapa tokoh penting seperti Datuk Seri Azmin Ali.

Orang nombor dua PKR ini merasakan bahawa parti perlu menunggang ombak yang dicipta Mahathir untuk mencapai agenda menuju Putrajaya.

Untuk rekod, Mahathir antara tetamu VIP yang hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Azmin baru-baru ini.

Azmin dakwa loyalist Anwar adalah anak angkat Mahathir sebelum diambil bekerja dengan Anwar.

Mungkin Anwar sudah tidak relevan pada Mahathir and the geng dan mereka boleh 'menunggang' Azmin yang merupakan antara ahli politik berpengaruh besar dalam pakatan pembangkang selepas Anwar, Lim Kit Siang, dan Lim Guan Eng.

Manakala bagi PAS, kehadiran Mahathir tidak akan membantu mereka kerana agenda Mahathir agenda peribadi.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan bahkan menyarankan agar Mahathir tidak menjadikan agenda peribadi sebagai propaganda perjuangan dan mengorbankan kepentingan awam.

Ahli Parlimen Temerloh itu, mengandaikan bahawa Mahathir akan kembali kepada UMNO jika Najib berundur dan diganti dengan orang pilihannya seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin atau lainnya.

Katanya, gelombang Mahathir tidak sangat menarik minat awam kerana reputasinya sangat dipertikai.

"Apakah gerakannya wajar disokong,?" katanya.

Bagaimanapun, Nasrudin berkata beliau tidak berminat untuk menyertai perjuangan peribadi.

Katanya, Mahathir marah Najib mengukuhkan peribadinya dalam UMNO sedang dia sendiri jelas kelihatan berjuang untuk peribadi.

Mahathir bukan menentang UMNO tapi mahu mengukuhkan UMNO dengan menolak individu tertentu, kata beliau.

"Apakah anda mahu bantu Mahathir berjuang jatuhkan Najib supaya selepas ini UMNO kembali kukuh dan Mahahtir kembali kepangkuan UMNO, terpulang lah. Itu selera politik masing - masing," katanya lagi..

Menurut Nasrudin, pada tahun 1969 Mahathir dipecat dari UMNO kerana menentang Tunku Abdul Rahman dan beliau menggunakan pentas PAS untuk sambung hayat politiknya.

Kemudiannya beliau kembali kepada UMNO apabila berakhir era Tunku.

Pada 2008 beliau umum keluar UMNO kerana tidak berpuas hati dengan Pak Lah Badawi, kemudiannya beliau kembali semula kepada UMNO apabila Pak Lah berundur.

Dan 2016 beliau keluar lagi UMNO dan kali ini kerana tidak berpuas hati dengan Najib orang pilihannya sendiri sewaktu menggantikan Pak Lah.

"Katakan lah naik Muhyiddin, apakah Mahathir akan kekal menentang UMNO? Apakah penyokong Mahathir akan terus menentang UMNO atau Mahahtir akan kembali ke pangkuan UMNO? Berapa lama pula Mahathir akan menyokong Muhyidin?

"Saya sendiri tidak yakin Mahahtir akan bertahan lama untuk sokong Muhyidin, sebab Mahathir mempunyai rekod menentang orang pilihannya sendiri," kata Nasruddin.

Kalau Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri, bukan sahaja Mahathir melopong sebaliknya semua kerjanya dan penyokong akan temui jalan buntu, tambah beliau.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Agak agak berapa lama lagi hayat tun M ni...patutnya dah rehat..macam kata lim ah lek..bergembira main dengan cucu cucu..

  2. Anonymous says:

    Tahniah pada si tua lutuk Tun M...
    Si tua bangka bangang nak mampuis tak sedar diri...
    Tak puas2 lg pegang kuasa dulu msh lg nak tunjuk lagak...
    Allah sj yg tau kalau sekiranya Dapigs laknatullah berjaya memerintah nnt...
    Si tua bangka haramjadah ni lah yg akan bertanggungjawab nnt..
    Mudah2an Allah lindungi negara ini dr dapigs laknatullah dan kuncu2nya beserta dgn manusia yg bersekongkol dgnnya...
    Buat si tua bangka tak sedat diri, sdh2 lah...banyakkan beribadat

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.