..

..

BEKAS PENYOKONG DAP DEDAH GUAN ENG KELIHATAN TAKUT SKANDAL BANGLO #NOSWIMMINGPOOL

on Sunday, March 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sebagai bekas penyokong DAP, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata beliau tidak pernah melihat wajah Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng begitu takut seperti yang kelihatan sekarang.

Selepas pendedahan skandal beliau membeli banglo yang didedahkan minggu lepas, nampak Ketua Menteri Pulau Pinang itu seperti hilang punca dan kelam-kabut dalam menangani pendedahan ini yang disertakan dengan bukti dan dokumen.

Tambahan lagi, menurut Ramesh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah memulakan siasatan dan dikhabarkan pejabat Kerajaan Negeri juga sudah didatangi pegawai SPRM untuk siasatan.

“Pada satu video Guan Eng memberikan taklimat kepada wartawan selepas membawa mereka melihat-lihat rumah banglo itu, jelas beliau bercakap tergagap-gagap dan nampak bimbang.

“Saya sudah lama mengenali parti DAP, dan saya tidak pernah melihat dia begitu takut seperti sekarang ini,” katanya kepada pru14.tv melalui pesanan Whatsapp hari ini.

Beliau berkata dengan kemungkinan Guan Eng akan ditahan SPRM dan dipenjarakan jika didapati bersalah, itulah mungkin penyebab kenapa beliau dilihat dalam keadaan begitu bimbang dan takut.

Guan Eng kini dalam siasatan SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di Georgetown dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran dari pembeli asal. Sepatutnya, harga rumah itu ialah RM4.7 juta tetapi dibeli oleh Guan Eng hanya dengan harga RM2.8 juta.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan pemilik rumah berkenaan Phang Li Koon ada kaitan dengan urusan jual beli tanah di Taman Manggis yang melibatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Hari ini, Ramesh berkata ketakutan Guan Eng makin terserlah apabila DAP Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar untuk memberikan penjelasan dan panduan kepada pemimpin negeri bagaimana untuk bertindak balas berkenaan kes itu.

Skandal pembelian rumah banglo Guan Eng ini timbul selepas didedahkan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di dalam Dewan Rakyat dan ia memang mencetuskan kemarahan pembangkang di dalam Parlimen.

Kemudian, ada lagi Ahli Parlimen BN membuat pendedahan terbaru berkenaan urusniaga jual beli tanah di Taman Manggis berkenaan


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.