..

..

ANCAMAN KESELAMATAN DIDEDAHKAN KERAJAAN ADALAH REALITI BUKAN LAGI AMARAN

on Sunday, March 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Semasa sambutan  Hari POLIS ke 209 tahun , dalam ucapan  Perdana Menteri sendiri berkata, ancaman keganasan adalah satu perkara realiti yang tidak boleh dipandang ringan. 

' kerajaan amat bertegas dan mempunyai keberanian serta kesungguhan untuk menjamin bahawa Malaysia masih terselamat daripada ancaman itu dan rakyat boleh hidup dalam keadaan aman dan tenteram sepanjang masa'

Ia selari dengan kenyataan TPM yang juga Menteri Dalam Negeri DS Zahid Hamidi bahawa ancaman keselamatan bukan kenyataan politik .





Harus diingatkan setiap kenyataan Menteri Dalam Negeri yang mendedahkan tentang ancaman keselamatan termasuk di Parlimen  adalah berdasarkan sumber sahih dari risikan .  Tetapi ada  ada kalangan pemimpin BN yang agak kurang senang  apabila Menteri Dalam Negeri mendedahkan masih wujud ancaman luar baik di Sabah mahupun di Semenanjung.

Mendedahkan bentuk ancaman dan tahap kesiapsagaan anggota keselamatan negara kepada rakyat menjadi kewajipan Menteri Dalam Negeri ,rakyat harus berasa selamat dan tidak berasa terancam dengan anasir luar.




Ini kerana sebarang bentuk ancaman keselamatan tidak boleh dipandang ringan kerana kita tak mahu apa yang berlaku di Ankara , Jakarta , Paris ,Brussel   serta tragedi  Lahad Datu berulang berlaku lagi di negara ini .

Jika kita masih ingat lagi dan perlu berlajar  kesilapan mantan Menteri Dalam Negeri yang terdahulu yang hanya terkenal dengan jolokan Menteri Amaran. Beliau  gagal sama sekali mengenal pasti bentuk ancaman hingga menganggap penceroboh bukan pengganas yang akhirnya berlaku tragedi terkorban ramai anggota keselamatan ketika itu  .

Jadi , tindakan mendedahkan ancaman keselamatan oleh kerajaan  terhadap negara bukanlah kenyataan politik tetapi sebenarnya realiti BUKAN LAGI AMARAN   kerana kumpulan pengganas ini terus melakukan ancaman di seluruh dunia .






One Response

  1. Anonymous says:

    wayang basi najib dan zaid nak menutup certa sapu dana negara

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.