..

..

ADUN DAP BERAPIT PERSOAL GUAN ENG BELI RUMAH BANGLO HARGA MURAH #LGERasuah

on Friday, March 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Ong Kok Fooi berkata, beliau tidak akan menerima jika ditawarkan jualan rumah murah seperti dalam isu membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sinchew Daily melaporkan, ADUN DAP itu berkata, walaupun Guan Eng tidak bersalah dari segi undang-undang jika pembeli telah bersetuju dengan harga jualan rumah, tetapi ia akan mewujudkan pertikaian dari segi moral.

Menurutnya, kedudukan Guan Eng sebagai ketua menteri dalam isu itu turut mewujudkan persoalan dalam kalangan pengamal media.

“Jika hal ini berlaku kepada saya, saya tidak akan menerima (tawaran jualan).

“Hal ini bagaimanapun tidak membabitkan soal betul atau salah, ia bergantung kepada pendirian dan pegangan perseorangan,” katanya.

Kok Fooi berkata, beliau kadang-kala akan terserempak dengan penyokong dan penjaja yang menawarkan makanan percuma.

Beliau bagaimanapun tetap akan membayar selepas mengucapkan terima kasih kepada penjaja berkenaan.



2 Responses

  1. Cik Minah says:

    Bagus orang DAP ni, mereka tidaklah membutatuli
    menyokong sambil coverline pemimpin yang salahguna
    kuasa. Tidaklah macam umno. Selagi boleh mempertahankan
    poeraswah dan penyonglap. Siap cakap tak bersalah
    dan tanya mana bukti......mana bukti

  2. Anonymous says:

    Bersalah atau tidak belum tau lagi. Dont jump the gun. Biar macc siasat. Kalau khir toyo kena kenapa lge lepas. Apa pun biar siasat cepat sikit......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.