..

..

147 KETUA BAHAGIAN SUDAH DESAK, HAYAT MUHYIDDIN & MUHKRIZ DALAM UMNO SUDAH TAK LAMA

on Saturday, March 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Ketua UMNO Bahagian hari ini mendesak Majlis Tertinggi mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pimpinan UMNO lain yang terlibat dalam deklarasi rakyat bagi menjatuhkan Perdana Menteri. 

 Menurut Ketua Bahagian UMNO Batu Gajah, Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim yang merupakan jurucakap kepada semua Ketua Bahagian yang hadir, desakan itu adalah hasil daripada keputusan mesyuarat yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 4 petang tadi. 

 “Kami mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan khususnya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz kerana bersekongkol dan bersubahat dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi. 

 “Oleh itu, kami Ketua Bahagian mendesak Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam deklarasi rakyat,” katanya pada sidang media Solidariti Ketua UMNO Bahagian Semalaysia bersama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Sabtu. 

Solidariti tersebut secara jelas diadakan bagi mempertahankan Najib dari gerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

 Antara Ketua Bahagian yang hadir ialah Bera, Rantau Panjang, Kuala Kedah, Jerantut, Kuantan, Jempol, Pensiangan, Gopeng, Dungun, Puchong, Hulu Langat, Pokok Sena, Rasah, PJU, Jerai, Kepong, Silam, Klang, Batu, Bakri, Sabak Bernam, Shah Alam, Petaling Jaya Selatan, Kapar, Pendang dan Kuala Terengganu. Bahagian lain ialah Indera Mahkota, Kota Marudu, Telok Intan, Segambut, Kuala Pilah, Kudat, Lipis, Sungai Besar, Sungai Petani, Bagan, Batu Kawan, Setiu, Kuala Langat, Subang, Sepang, Tenom, Tanjong, Selayang, Pengkalan Chepa, Serdang, Penampang, Beufort, Paya Besar, Kuala Selangor dan Bukit Mertajam. 

 Dalam masa yang sama, kesemua Ketua UMNO Bahagian itu juga turut bersetuju sekiranya kerajaan menamatkan serta merta tempoh perkhidmatan mana-mana pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan mahupun syarikat GLC.

 Kata Mohd Yusof, ia sebagai hukuman kepada mereka yang tidak menghormati perlembagaan serta memperlekeh kedaulatan undang-undang. Selain itu juga, mereka turut mendesak agar kerajaan mengetatkan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara. 

 “Kami mendesak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas dan menghalang segala roadshow dan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan khsusnya dari pihak pembangkang bagi menghasut pemikiran rakyat,” tambahnya. 

 147 Ketua UMNO Bahagian itu turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menyertai demonstrasi jalanan pada 27 Mac ini.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.