..

..

ZAHID MACAM DULU DULU DI BAGAN DATOH WALAUPUN SUDAH BERGELAR TPM

on Tuesday, February 9, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Siapa kata Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi sudah berubah serta melupakan kawan-kawan lama terutama di kawasan parlimennya, Bagan Datoh apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri tahun lalu?

Jikapun ada mereka yang terlepas pandang seperti biasa ia adalah kerana kesibukan selaku tugas yang diamanahkan Perdana Menteri Najib Razak kepadanya apabila Perdana Menteri melakukan rombakan cabinet tahun lalu.

Lagipun protocol agak ketat bagi mana-mana penjawat jawatan kedua penting negara itu dalam konteks berurusan dengan orang ramai. Kitapun tentu tak mahu TPM kita dilayan macam biasa-biasa sahaja oleh sesiapa sahaja.

Kita tentu masih ingat bekas TPM, Pak Sheikh pernah duduk di seat depan sewaktu menjadi timbalan menteri ketika pulang ke kawasan Permatang Pauh. Bila sudah jadi menteri lebih-lebih lagi  TPM, keadaan berubah. Timbul kata-kata sinis dari kawan lama yang menganggap tokoh  itu sudah “berubah.”

Namun hakikatnya tidak  ada beza duduk di depan atau belakang. Agak janggal bagi TPM atau menteri (yang mempunyai pengawal peribadi) memilih duduk di kerusi depan sedangkan bodygaurd duduk dibelakang.

Bagi Zahid yang lahir di Bagan Datoh keadaan dahulu dan sekarang sama sahaja. Setiap kali berada di kawasan,Zahid masih mengenakan baju Melayu dan memakai kain pelikat serta berkopiah dengan hanya memakai sandal menghadiri program.  Dan jika sesiapa sahaja“rajin” menghadiri programnya di Bagan Datoh, mereka secara mudah boleh menemuinya. Mereka tidak akan dihalang.




Jika anda di Bagan Datoh  usah terkejut jika ramai membawa sampul untuk diserahkan kepada TPM. Bukannya apa mereka meminta khidmatnya selaku wakil rakyat mereka.
Zahid seperti sebelum jadi TPM masih pulang ke Bagan Datoh menemui para pengundi. Masih dengan charater lama sering tersenyum serta suka bertanya khabar  mereka yang berselisih bahu ketika beliau melawat  kawasan. Masih juga menggunakan loghat jawa ketika berinteraksi dengan masyarakat jawa di sini.

Beberapa bulan lalu beliau hadir merasmikan pesta air. Walaupun tidak ramai hadir  seperti dijangkakan pada ketika   itu, mungkin kelemahan pihak penganjur memikir aspek ini, namun Zahid tetap gembira kerana pesta itu berjaya menepati sasaran penganjur.

Jikapun ada kelainan dari segi kepulangannya sejak bergelar YAB, Zahid diiringi dengan bunyi siren dari motosikal berkuasa tinggi polis. Jika dulu tidak ada kenderaan polis mengiring, kali ini agak lain. Macam juga TPM sebelum ini, selain dikawal ketat oleh pihak polis, bunyi siren dari motosikal pengiring sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Ironinya bunyi siren polis selain menggambarkan kehadiran Zahid juga menjadikan orang ramai “berhenti sejenak” dari aktiviti. Ia juga satu sejarah buat mereka kerana pertama kali anak kampung mereka bergelar YAB. Lantas bunyi siren polis tidak pernah dianggap mengganggu malah dianggap sebagai sesuatu yang perlu dan amat membanggakan mereka. 




Dalam perkembangan terbaru (Sabtu) yang lebih menarik lagi apabila secara mengejut beliau bersetuju untuk hadir bersarapan di rumah rakan lama , Beng Song  Wan, 53 tahun yang dikenalinya lebih 25 tahun. 

Kediaman Beng di Taman Dewa Bersatu, Hutan Melintang bertukar menjadi sebuah venue sambutan pra-tahun baru Cina dengan kehadiran kira-kira 100 orang. Keluarganya juga teruja.

Bagi keluarga Beng seperti isterinya, Tiang Mee Ling, 48, ibunya, Cheah Seoh Lian, 75 dan dua oang anak ,kehadiran Zahid, yang mereka kenali berpuluh tahun, sangat bererti lebih-lebih lagi menjelang tahun baru Cina.

Antara hidangan disediakan ialah nasi lemak rendang ayam, ubi rebus sambal ikan bilis, soto, pecal, lempeng bakar, tepung talam, kuih bakul, limau Mandarin dan lain lagi.

Walaupun menunya bukanlah menu masakan Cina namun hakikatnya Beng yang juga dikenali dengan panggilan Bujang, sedar menu disediakan adalah makanan kegemaran penduduk di sini.

Cerita lanjut begini: Dua hari lalu,masa itu Zahid di Beijing atas urusan rasmi apabila Beng, seorang peniaga tempatan mengirim  SMS bertanyakan jika TPM “free” untuk datang ke rumahnya dan bersarapan.

Sebaik jawapan positif diterima, Beng buat persiapan rapi maklum sahaja ia bakal dihadiri TPM. Pagi tadi (Sabtu),kira-kira 100 orang menyertai Zahid bersarapan di rumah Beng. Keluarga Beng termasuk anak-anak dan isteri serta ibunya seperti memperoleh ang pau sempena Tahun baru cina.

Lebih manis buat ibu Beng, mengambil kesempatan menyampaikan ang pau bersampul merah kepada TPM.

Benar bagi Zahid menghadiri rumah terbuka tahun baru cina dikawasan parlimennya sudah diamalkan sejak puluhan tahun sejak bergelar YB. Dia bukan setakat hadir dan bersalam-salaman,juga makan makananan yang disajikan.

Justeru jika timbul pertanyaan, Zahid sudah berubah ramai geleng kepala tanda tidak percaya. Mereka akan ketawa jika tuduhan itu dibuat sendiri oleh penduduk di kawasan parlimen  berkenaan.
   
Jikapun ada yang tidak ditemui dalam lawatan turun padang seperti biasa ia adalah kerana kesibukan  tugas yang baru yang diamanahkan Perdana Menteri Najib Razak kepadanya. Itu sahaja tetapi bab sudah berubah, seperti beberapa wakil rakyat yang lain,ia  adalah tidak benar.

Sementara itu ketika  di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari di Sungai Sumun sejurus selesai bersarapan, Zahid menceritakan pengalaman manis ketika menghadiri program bersarapan.
  
Dan ucapannya Timbalan Perdana Menteri bercakap hal berkaitan “budaya berbaik-baik” dan lantas mencadangkan pendidikan asas silang budaya perlu diberi penekanan dalam sukatan pelajaran negara. Ia bertujuan  memupuk perpaduan antara kaum  yang kini dilihat semakin terjarak.

Katanya sistem pendidikan silang budaya harus diutamakan supaya semua bangsa dapat memahami budaya dan bahasa bangsa lain.

"Saya cadangkan ini kerana saya melihat dibawah tidak ada pertemuan yang timbul dengan baik kerana tidak ada silang budaya yang telah diterapkan daripada pelajaran pra sekolah ataupun tadika kerana perbedaan-perbedaan inilah menyebabkan jarak ini yang tidak dapat mempertemukan pelbagai kaum budaya dan bangsa.Ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia harus mencari titik pertemuan dan bukan mencari titik perbedaan."

Zahid berkata  silang budaya akan membolehkan pemahaman antara pelbagai latar belakang rakyat Malaysia dan perpaduan pula dapat diberikan penekanan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.