..

..

TPM NASIHAT MUHKRIZ ISTIQAMAH & MUHASABAH , JANGAN TERDORONG APA DILAKUKAN PEMBANGKANG @Zahid_Hamidi

on Thursday, February 4, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minta Datuk Seri Mukhriz Mahathir istiqamah dan bermuhasabah dalam menghadapi permasalahan politik di Kedah. 

Timbalan Perdana Menteri turut berharap barisan kepimpinan baru dan lama dapat mencari titik persamaan serta mengetepikan perbezaan demi kestabilan UMNO dan BN. 

Sambil mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah atas pengumumannya sebagai Menteri Besar baharu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, mengajak kepimpinan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan Kedah melupakan permasalahan yang timbul selama ini. 

"Saya pernah mengalami keadaan sama pada 1998 tetapi oleh kerana saya istiqamah, saya turut berada dalam kepimpinan negara sekarang.

 "Kita jangan terdorong kepada apa yang dilakukan oleh pembangkang. Saya juga ditawarkan oleh pihak pembangkang pada 1998, sebab itu saya minta istiqamah, konsisten dengan pendirian.

 "Kalau kita sayang negara kita, kita harus tetap dengan pendirian dan pada masa sama kita kekalkan kredibiliti. 

"Sebagai ahli politik, kita perlu fleksibel ketika membuat keputusan dalam banyak isu dan harus utamakan perpaduan serta kestabilan parti," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, sebentar tadi.


2 Responses

  1. Baguih punya nasihat .. kerana malapetaka menimpa pada orang lain ... klu menimpa diri sediri , tak taulah apa akan terjadi ???? Silap hari kena penampar Badsha ...!!!!

  2. Anonymous says:

    Datuk Seri, we need explainations ... clear explainations on the 1MBD financial crisis. Selling assets to cover up lost money is not ethical.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.