..

..

SERANGAN FITNAH TERHADAP BAKKE SALLEH GAGAL , NAFI SEBUT RM2.6 BILLION DARI DUIT 1MDB

on Monday, February 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Fitnah sudah jadi makanan ruji kepada cybertrooper anti Najib dan portal pembangkang   ...Terbaru TS Mohd Bakee Salleh telah membuat penafian bahawa beliau ada membuat kenyataan menyebut dana RM2.6 billion kononnya datang dari syarikat 1MDB.


PETALING JAYA : Tan Sri Mohd Bakke Salleh menafikan khabar angin di media sosial bahawa dia mengeluarkan kenyataan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang RM2.6 bilion kononnya daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Bekas Pengerusi 1MDB itu berkata, beliau tidak pernah menyebut atau melafaz mengenai perkara itu semasa memberi keterangan kepada PAC dalam siasatan jawatankuasa tersebut terhadap 1MDB.
“Kenyataan saya terhadap PAC iaitu sebuah jawatankuasa sahih dan diperakui Parlimen Malaysia, tidak pernah dibincangkan di media sosial dan tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili diri saya.
“Saya ingin menasihatkan pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa pengesahan pihak yang sahih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Mohd Bakke berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang membuat sebaran tidak benar yang merujuk, berkait dan memfitnah dirinya.








Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.