..

..

Saya Tak Terlibat Dengan Isu 1.5 Bangladesh – Adik TPM

on Thursday, February 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Kuala Lumpur – Adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hakim Hamidi menafikan beliau terlibat untuk menyediakan tenaga kerja asing Bangladesh seramai 1.5 juta ke Malaysia.

Menurut Pengerusi Real Time Networking Sdn Bhd, syarikat beliau hanya berhasrat untuk menyediakan sistem pengurusan pekerja asing sambil menegaskan cadangan perisian tersebut merupakan kerjasama dengan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) dan ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak kerajan di Malaysia.


Saya pada awalnya memang berhasrat untuk menyediakan satu perisian kepada pihak NGO di Bangladesh atas dasar untuk membantu mereka (pihak Bangladesh) agar seleras dengan teknologi yang digunakan di negara ini.

“Ia (perkhidmatan perisisn yang disediakan itu) langsung tidak ada kena mengena dengan pihak kerajaan, agensi ataupun NGO yang berada di negara ini” katanya ketika wawancara eksklusif bersama SuaraTV sebentar tadi.

Abdul Hakim turut menjelaskan isu yang dibangkitkan itu hanya merupakan persepsi pihak-pihak tertentu.

“Secara kebetulan saya berada di Bangladesh ketika wartawan portal Malaysiakini menelefon saya bagi mendapatkan komen, jadi mereka telah beranggapan saya sedang meninjau dan mengintai peluang untuk menyediakan khidmat tenaga asing seramai 1.5 juta ini.

“Disebabkan pengumuman tersebut dibuat oleh abang saya, jadi pihak-pihak tertentu beranggapan saya cuba mengambil kesempatan atas peluang tersebut” katanya lagi.

Pada 25 Jun lalu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor. – SuaraTV



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.