..

..

PANDANGAN PENGERUSI BNBBC TENTANG PENYINGKIRAN MUHKRIZ

on Friday, February 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Datuk Seri Mukhriz Mahathir mungkin tidak digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah sekiranya beliau tidak mencampuri urusan peringkat nasional terutama isu berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini kerana kenyataan Mukhriz tidak selari dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Kabinet yang menyerahkan isu tersebut untuk siasatan Ketua Audit Negara serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, tindakan Mukhriz cuba mempertahankan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan menggasak Perdana Menteri mendatangkan kerugian kepada parti.         .
Bagaimanapun, kata Shahrir tindakan Najib dan pemimpin UMNO negeri Kedah menyingkirkan Mukhriz adalah langkah yang perlu demi kepentingan parti dan negeri Kedah dalam menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-14.
“Kalau kita sebagai pemimpin di peringkat negeri, kita lebih tumpukan kepada soal yang tak ada kaitan dengan kita dan kita tak langsung ambil berat pada apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang Menteri Besar, tentutnya ada tindakan yang akhirnya merugikan parti dan Kedah itu sendiri.
“Sebab itu bila saya melihat isu Kedah ini, tentunya ada yang sokong dan ada yang simpati kepada Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz, tapi bila dilihat keseluruhan, semuanya mahu pertukaran dilakukan bahkan dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah juga menyokong,” katanya kepada BNBBC.my.

Menurut Shahrir, meskipun ada dakwaan bahawa Mukhriz adalah mangsa keadaan ‘perang dingin’ di antara Tun Mahathir dan Najib, namun Perdana Menteri itu  tidak perlu melakukan sebarang tindakan kerana penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar adalah kehendak suara majoriti Adun UMNO dan BN Kedah.
“Jadi sebenarnya pada saya, Datuk Seri Najib tak buat apa pun, dia hanya berjumpa dengan Ketua Bahagian (UMNO) Kedah dan dengar, akhirnya semuanya berjalan baik tanpa Datuk Seri Najib mencampuri proses itu, di mana akhirnya yang putuskan soal ganti jawatan Menteri Besar ialah pihak istana itu sendiri.
“Ia dibuat selepas pihak istana mengambil berat dengan berjumpa Adun-Adun temasuk pembangkang dan istana sendiri akhinya nampak tidak ada sokongan kepada Mukhriz kekal sebagai Menteri Besar.
Dan ingin saya nyatakan, penyingkiran itu tetap tidak akan menjadi jika pentadbiran Mukhriz mendapat sokongan daripada pemimpin UMNO atau BN di Kedah,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata penyingkiran Mukhriz itu berjalan dengan baik mengikut perlembagaan negeri Kedah.
“Dulu Tun Mahathir nak tukar Menteri Besar Kedah kepada orang lain, Tun Mahathir terpaksa ugut dan jumpa seorang demi seorang untuk ambil tindakan, tapi apa yang berlaku sekarang adalah mengikut perlembagaan negeri dan istana telah memainkan peranan.
“Sebab itu saya kata kalau dikaitkan dengan 1MDB, mungkin Mukhriz merasakan ia adalah isu yang perlu diselesaikan, tapi kalau ianya tidak langsung terletak di bawah tanggungngjawab sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya tumpukan kepada kerja hakiki di negeri itu,”.
“Beliau patut tentukan pentadbiran negeri dengan baik, persediaan jentera parti termasuk bersiap siaga dalam proses pilihan raya akan datang. Itu yang perlu dilakukan,” tegasnya.
Mukhriz melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah pada 3 Febuari lalu selepas tidak mendapat sokongan majoiti Adun Dewan Undangan Negeri Kedah dan digantikan oleh Datuk Seri Ahmadf Bashah Md Hanipah.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.