..

..

MT UMNO GANTUNG JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UNTUK PERKUKUHKAN PARTI @dzainalabidin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

on Friday, February 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Akhirnya keputusan tepat dan berani  diambil oleh sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan menggantung tugas jawatan Timbalan Presiden UMNO    sehingga ke pemilihan parti akan datang ,

Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya menyalahkan diri sendiri kerana semasa PAU 2015 , beliau telah diberikan peluang  tetapi ia tidak diendahkan dan terus mengkritik Presiden parti tanpa fakta kukuh  kononnya membawa suara rakyat . Selain itu ,  jawatan Timbalan Presiden UMNO digalas beliau jelas tidak membantu &  mengukuhkan parti

Jadi , elok ada pemimpin lain memangku jawatan berkenaan demi  meneruskan kelangsungan mencapai cita-cita parti, kita tidak perlu menoleh ke belakang lagi dan harus tekadkan hati untuk terus bekerja menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang

Syabas Ahli MT UMNO kerana berani membuat keputusan besar demi kepentingan parti & survival orang Melayu    tanpa melibatkan PM dan TPM .


Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, penggantungan itu berkuat serta merta berikutan perilaku Muhyiddin sebelum ini yang tidak membantu Presiden dalam menjalankan tugas untuk mengukuhkan parti.
MT 02Tambahnya, keputusan itu adalah selaras dengan perlembagaan UMNO 10.15 dimana segala langkah boleh diambil bagi memelihara kesempurnaan perjalanan parti.
“Majlis Tertinggi bersetuju untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta merta, tempoh penggantungan adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang, jawatan Tan Sri Muhyiddin yang lain dalam UMNO masih dikekalkan.
“Segala keputusan tersebut adalah mengambil kira suasana politik semasa dimana perilaku beliau tidak cerminkan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden bagi membantu Presiden untuk mengukuhkan parti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.
MT 01Tambah beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu meminta kebenaran untuk tidak mahu hadir dalam keputusan yang diambil Majlis Tertinggi bagi membincangkan usul tentang penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti.
Katanya lagi, Muhyiddin bagaimanapun sudah dimaklumkan terlebih awal tentang mesyuarat MT hari ini, namun telah menyatakan yang beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut melalui faks ke ibu pejabat parti.
Mengulas tentang perkara itu, kata Tengku Adnan segala tugas-tugas yang dipikul Muhyiddin sebelum ini akan diambil alih oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


7 Responses

  1. Anonymous says:

    Ini bukan utk perkukuhkan tp ini ciri2 parti zalim yg akan dikuburkan...amin.

  2. Anonymous says:

    Tindakan yang memang sudah dijangka. Rakyat dah tak terperanjat. Tetapi rakyat akan beri hukuman pada PRU14 nanti. Begitu juga dengan pemilihan UMNO. Ahli akar umbi akan memberi jawapan.

  3. Anonymous says:

    Tahniah... TS Muhyiddin pejuang yang akan didendangkan pada PRU14.

  4. Anonymous says:

    binatang binatang ni hal punya rakyat sengsara dibumi sendiri.binatang binatang ini eluk mampos bakar saje bangkai dia

  5. Anonymous says:

    There was a time DAP is hated for much of the time but now UMNO is hated MORE......!!!

    You can stay delusional all you like but Najib and UMNO Lickers are all confirmed to be PET HATE at this point in time!

  6. Anonymous says:

    Bye bye UMNO, aku dah bosan dgn politik Malaysia, politik Najib

  7. Anonymous says:

    Assalam Bro,Nak kukuhkan Parti ? Wow.....atau nak selamatkan Najib ? Helo....macam mana nak kukuhkan parti jika pemimpinnya bergelumang dengan pelbagai skandal,? Mula-mula tak mengaku...lepas tu mengaku.....derma untuk UMNO.....derma untuk lawan IS.....derma untuk lawan.... ...........bla.....bla.....bla

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.