..

..

MAT SABU BAKAL DIISYTIHAR MUFLIS GAGAL BAYAR SAMAN RM200 RIBU

on Sunday, February 14, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Mohamad Sabu atau Mat Sabu berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.

Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan seperti dilaporkan media berkata, pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam, untuk mendapatkan semula ganti rugi itu beserta faedah. Menurut beliau, mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes tersebut.

“Notis kebankrapan telah pun diberikan kepada Mat Sabu pada 3 Februari lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya,” katanya, lapor Utusan Malaysia. Pada 20 Mac 2014,

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mat Sabu yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden Pas dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah. Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad, memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mat Sabu dan Mustafa selaku defendan. Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad.

 Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Wan Ahmad terhadap pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sd. Bhd.; Ketua Pengarang akhbar itu, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda. Pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mat Sabu mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk Wan Ahmad Tidak Boleh Dipercayai dan Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari 2013.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa Mat Sabu mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah. -FMT-


One Response

  1. Anonymous says:

    DAP boleh settle kan, Sabu kan baruah DAP..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.