..

..

LAPORAN POLIS DIBUAT DESAK TANGKAP WANITA HINA TPM DI FACEBOOK

on Thursday, February 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

UMNO Bahagian Bagan Datoh dan Pulai hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang memuat naik wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tujuan menghina.



Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh membuat laporan polis petang tadi terhadap Doris Jones yang menghina Timbalan Perdana Menteri menerusi FB.

Seramai 21 ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO Bagan Datoh diketuai oleh Naib Ketua, Abdul Aziz Mokhtar membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan jam 4.37 petang. Abdul Aziz, 40, ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, pihaknya mendesak polis segera melakukan siasatan dan menahan pihak yang terbabit dan membawanya ke mahkamah agar dikenakan hukuman setimpal.

 UMNO Bahagian Pulai pula membuat laporan polis jam 3.15 petang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara. Setiausaha Pergerakan Pemuda Bahagian Pulai, Wan Mohd Fazli Wan Muhamad, berkata beliau menerima satu pesanan daripada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penghinaan itu jam 12.30 tengah hari.

Katanya, beliau bersama Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap pemilik akaun FB yang menggunakan nama Doris Jones. "Pemilik FB ini sudah melakukan provokasi melampau dan tidak bertamadun terhadap Timbalan Perdana Menteri dan kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan wanita ini yang biadap," katanya.

Sementara itu di IPOH, Pemuda UMNO Perak menyifatkan tindakan itu dilakukan oleh orang yang mempunyai masalah mental, tiada maruah dan tiada sifat seorang manusia berilmu.

Ketuanya, Hairul Anwar Mohamed Noor, sehubungan turut meminta polis mengambil tindakan terhadap individu berkenaan sebagai pengajaran kepada orang lain untuk menghormati sistem undang-undang di Malaysia, termasuk mereka yang berada di luar negara.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.