..

..

KAJIAN KERAJAAN MUNGKIN BERTUKAR PRU14 ADALAH PROPAGANDA PSWAR PEMBANGKANG

on Friday, February 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Ramai penyokong kerajaan  merasa gerun dan kecut bila membaca artikel portal pembangkang . Malah ada yang menyalahkan Perdana Menteri dan kepimpinan parti ekoran kajian rakyat semakin hilang kepercayaan dan akan kalah di PRU14 akan datang. 

Sebenarnya kalau diikutkan kajian-kajian  mereka sejak PRU13 ,  kerajaan Malaysia sekarang  sudah ditadbir Pakatan dan Anwar Ibrahim menjadi PM .  Mana ada kajian mereka yang menyebelahi kerajaan . Malah di setiap PRK pun , mereka sentiasa meramalkan kajian mereka di internet yang calon BN akan kalah seperti di Rompin dulu. 

Kajian-kajian propaganda dimuatkan di portal pembangkang adalah merupakan strategi psywar  pembangkang menggunakan kaedah reverse psychology  . Mereka akan terus memainkan cerita fantasi rekaaan , memetik kenyataan rakyat pelbagai peringkat dan akhir sekali buat public opinion untuk menarik pengundi percaya retorik mereka . 

Ini yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim , Sotong Lapiji dan  DAP  buat kepada PDRM , Mahkamah , Peguam Negara sejak dulu daripada zaman reformasi hingga rakyat percaya institiusi ini jahat dan menjadi pekakas UMNO .

 Ibarat kalau kita nak pergi berperang , jika ada seorang yang membawa berita dan menghasut kita akan kalah dengan pihak musuh , akhirnya pasukan kita akan tewas. 

banner #BEBASAnwar merupakan pswar pembangkang 
hina keputusan Mahkamah 

Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.
Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian.
Kajian Edelman menunjukkan kepercayaan keseluruhan terhadap kerajaan adalah pada 40%.
Mereka yang dikategorikan sebagai “bermaklumat”, yang berpendidikan universiti dan menyumbang kepada 25% teratas daripada kumpulan umur mereka, kurang mempercayai kerajaan.
Hanya 34% daripada mereka yang mempercayai kerajaan, berbanding dengan 39% daripada kalangan “orang awam”, menurut kajian itu.
Sebab utama kemerosotan kepercayaan ini ialah merebaknya Internet yang kini mendemokrasikan akses kepada maklumat.
Internet, serta skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma politik RM2.6 bilion dan pandangan yang Putrajaya melakukan salah urus ekonomi, membawa kepada kemerosotan kepercayaan ini, kata penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee.
Pakar media Prof Zaharom Nain berkata, peningkatan penggunaan Internet sebagai sumber maklumat berkebetulan dengan hakisan terhadap kredibiliti institusi di negara ini, seperti badan kehakiman dan media.
Trend ini bermula sejak zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Zaharom dari Universiti Nottingham (Malaysia).
“Ia semakin teruk sejak beberapa tahun lepas dan sejak kebelakangan ini, apabila banyak institusi dan kakitangannya terang-terangan mempamerkan ketiadaan profesionalisme, kebebasan dan neutraliti,” kata Zaharom, yang mengajar kajian media dan komunikasi.
Tetapi, perbezaan 4% antara kepercayaan rakyat bermaklumat dan kepercayaan orang awam adalah kecil dan semakin berkurangan kerana lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet, kata Ibrahim dari Merdeka Center.
Ibrahim berkata, kadar keseluruhan penembusan Internet pada 80% di seluruh negara manakala 60% daripada rakyat Malaysia kini menggunakannya sebagai sumber berita.
Perbezaan antara kedua-dua kumpulan itu, daripada segi kepercayaan mereka terhadap kerajaan, adalah dalam butirannya, kata Ibrahim.
"Sebagai contoh, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pemandunya mungkin mempunyai anggapan lebih kurang sama terhadap kerajaan, walaupun seorang lebih berpendidikan daripada seorang lagi.
"Ini kerana, kedua-duanya mendapat maklumat daripada Internet dan media sosial."
Perbezaannya adalah, CEO itu mungkin memahami butiran mengenai 1MDB, tetapi pemandu itu tidak, kata Ibrahim, sambil menambah, pemandu itu bagaimanapun, tetap tahu yang isu itu ialah satu skandal besar.
Perbezaan pendapat kini merebak
Kemerosotan dalam kepercayaan di kalangan mereka yang dikategorikan sebagai "orang awam", termasuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, adalah satu perkembangan kritikal, kata Lim.
"Ia menunjukkan, perbezaan pendapat, yang bermula di kawasan bandar, kini merebak ke kawasan luar bandar."
Pada PRU13, Barisan Nasional dapat terus berkuasa walaupun mengutip hanya 47% undi popular kerana mendapat sokongan terutamanya di kawasan luar bandar di utara semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ibrahim berkata, walaupun penduduk luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan media tradisional untuk maklumat, mereka masih boleh mendapatkan pandangan alternatif daripada anak mereka yang pergi ke bandar untuk bekerja.
"Tidak ramai lagi masyarakat yang benar-benar terpencil di Malaysia ini dan sudut pandangan alternatif juga kini merebak, terima kasih kepada Internet," kata Ibrahim.
Sekiranya tahap ketidakpercayaan terhadap kerajaan juga rendah di kalangan penduduk luar bandar, kata Lim, dan keadaan ini tidak bertambah baik, mungkin akan ada kerajaan baru di Putrajaya dalam pilihan raya akan datang. – 24 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kepercayaan-makin-merosot-kerajaan-mungkin-bertukar-lepas-pru14-kata-pengan#sthash.FFHRF5sU.dpuf


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.