..

..

JOHOR AKAN TERUS JADI KUBU KUAT UMNO DI PRU14 @Zahid_Hamidi

on Sunday, February 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu kira-kira 1,000 anggota UMNO Johor dalam satu majlis perjumpaan khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO tiba pada 3.15 petang dan meluangkan masa lebih sejam untuk menghadiri perjumpaan itu, yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang juga Naib Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Mohamad Aziz.


Beberapa timbalan menteri dari Johor termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri juga menghadiri mesyuarat itu.
Terdahulu, Ahmad Zahid turut mengadakan satu pertemuan tertutup dan majlis makan tengahari bersama Badan Perhubungan UMNO Johor di sebuah hotel di Bandar raya ini.
Pada sebelah pagi, beliau menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.