..

..

ISU 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH SERLAHKAN RETORIK RAKYAT MALAYSIA

on Friday, February 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Isu cadangan kemasukan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh  terus menjadi isu panas sekarang dah mendapat kritikan pelbagai pihak hingga ada yang berdemontrasi membantah .

Apakah mereka ini mendapat faham akan perkara sebenar atau hanya mendengar separuh sahaja berita ??

Angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan meluas dalam media sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan



"Harus diketahui mereka (pekerja Bangladesh) tidak diambil bekerja dengan jumlah yang besar dalam satu-satu tahun, ia akan ambil masa yang panjang, pada masa yang sama, mereka yang tidak ada dokumen akan balik ke negara asal.

"Ini harus diketahui dan saya harap dengan penjelasan ini tidak timbulkan interpretasi yang pelbagai dan tuduhan-tuduhan yang amat mengelirukan


Malah ada pihak menuduh & menghentam   kerajaan tidak prihatin kepada rakyat tempatan yang masih lagi tiada peluang pekerjaan terutama lepas graduan .

Harus difahami Malaysia sebuah negara membangun pesat  terbaik di Asia dan  memerlukan pekerja yang ramai terutama di sektor kritikal seperti pembinaan , perkhidmatan , perladangan , perkilangan dan pertanian .

Negara kita merupakan antara negara pengeksport kelapa sawit terbesar  dan cuba bayangkan jika tiada buruh asing bekerja , apakah graduan dan golongan muda rakyat negara ini mahu kerja sebagai mengait kelapa sawit ?

Sektor perkhidmatan pulak seperti contoh kedai restoran mamak , food court  dan pasaraya2  besar ,,apakah rakyat tempatan mampu bekerja dengan gaji RM900 dengan 6 hari bekerja seminggu ?? Malah pengusaha persatuan restoran mamak akui rakyat tempatan tak mahu bekerja di restoran mereka berbanding kerja di restoran fast food .

Lihatlah bila musim cuti perayaan , semua sibuk nak bercuti dengan keluarga dan siapa mahu bekerja di waktu itu ??

Sektor Pembinaan .. adakah graduan atau anak muda lepas kemahiran mahu bekerja  sebagai buruh untuk membancuh simen dan menyusun bata ??

Jangan  beretorik sangat cakap  " RAKYAT KITA MAHU KERJA "  ...berpijak lah  di bumi yang nyata.

Kerajaan hanya membenarkan pekerja asing ini bekerja di 5 sektor dan kalau mana pihak2 yang cakap RAKYAT KITA MAHU KERJA ,  sila bawa graduan dan rakyat bekerja di sektor kritikal dengan gaji RM900  ini kalau mahu .






KENYATAAN  MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

CADANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA MALAYSIA DENGAN BANGLADESH MENGENAI PENGGAJIAN PEKERJA BANGLADESH MELALUI MEKANISME KERAJAAN KEPADA KERAJAAN PLUS (MOU G-TO-G)


1. Kementerian ingin memaklumkan bahawa cadangan Memorandum Persefahaman mengenai penggajian pekerja Bangladesh melalui mekanisme Kerajaan Kepada Kerajaan Plus (MOU G-to-G Plus) antara Malaysia dan Bangladesh dijangka akan ditandatangani dalam masa terdekat setelah mendapat pengesahan tarikh dan persetujuan daripada kedua-dua negara. Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh YB Dato’ Sri Richard Riot, Menteri Sumber Manusia. Pelaksanaan MOU G-to-G Plus ini hanya terhad di Semenanjung Malaysia sahaja.

2. Selaku urusetia kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di atas kapasiti YAB Timbalan  Perdana Menteri dan juga sebagai Menteri Dalam Negeri, Kementerian ingin merujuk kepada laporan-laporan akhbar yang memetik Mohammad Shafiul Alam, Setiausaha Kabinet Kerajaan Bangladesh sebagai berkata bahawa Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed telah meluluskan Memorandum Persefahaman G-to-G Plus (MOU G-to-G Plus) bagi penghantaran pekerja Bangladesh seramai 1.5 juta untuk bekerja di Malaysia.

3. Sukacita Kementerian ingin memberi pencerahan jelas terhadap analisa-analisa pra-matang, ulasan-ulasan daripada pendokong dan pengkritik serta untuk meredakan kebimbangan dan keperihatinan rakyat mengenai cadangan MOU G-to-G Plus tersebut.

4. Angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan luas di dalam media sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan Kerajaan Bangladesh untuk tujuan pekerjaan. Dalam konteks dasar penggajian pekerja asing Malaysia, pengambilan pekerja Bangladesh adalah tertakluk kepada permintaan industri bagi sektor-sektor yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing selaras dengan konsep permintaan dan penawaran atau supply and demand. Kerajaan juga tetap memastikan bahawa keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan adalah didahulukan atau our people first.

5. Penggajian pekerja Bangladesh dibuat sebagai usaha memantapkan lagi pelaksanaan mekanisme sedia ada yang sekarang ini hanya terhad kepada sektor perladangan sahaja. Kedua-dua Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan mekanisme baharu yang dikenali sebagai         G-to-G Plus. Mekanisme ini dilihat sebagai kaedah terbaik sekiranya diperluaskan ke sektor-sektor lain daripada segi mempercepatkan urusan permohonan majikan dan menjamin kelicinan proses pengambilan pekerja Bangladesh.

6. Pembukaan negara Bangladesh kepada semua sektor formal yang dibenarkan juga akan memberi pilihan tambahan kepada majikan untuk menggajikan pekerja selain daripada 14 negara sumber sedia ada yang lain.

7. MOU Penggajian G-To-G Plus bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia telah dibentangkan, dibincangkan dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 22 Disember 2015.

8. MOU ini juga telah dipersetujui oleh Kerajaan Bangladesh sepertimana yang telah diumumkan oleh Setiausaha Kabinet Kerajaan Bangladesh pada
8 Februari 2016.

9. Konsep G-to-G Plus menggunakan sepenuhnya sistem atas talian bermula proses permohonan pekerja bagi mengawal penglibatan agen pekerja asing tidak sah yang menyumbang kepada kenaikan kos penggajian serta risiko kepada eksploitasi pekerja asing. Pelaksanaan G-to-G Plus secara atas talian adalah bagi meminimumkan kos penggajian pekerja dan cost of doing business kepada majikan. Kerajaan juga berpandangan bahawa mekanisme ini juga akan menaikkan penarafan Malaysia di dalam usaha-usaha pencegahan terhadap aktiviti-aktiviti jenayah pemerdagangan orang atau anti-trafficking in persons crimes.

10. Perlu ditekankan di sini, bahawa tiada satu angka yang mutlak bagi jumlah kemasukan pekerja Bangladesh kelak kerana ianya akan bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat dan akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Mekanisme ini akan dipantau dan dikawalselia
oleh Kerajaan melalui Agensi Kawal Selia untuk setiap sektor bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran pekerja asing dalam negara dan membenarkan hanya mereka yang layak sahaja bekerja di Malaysia.

11. Kerajaan masih memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu. Kemasukan buruh asing ke negara ini tidak akan menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta keseimbangan pasaran buruh dalam negara kerana pekerja asing ini hanya dibenarkan bekerja di lima (5) sektor formal yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing sahaja iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.


One Response

  1. Anonymous says:

    Anak aku diploma pun kerja tukang kebon sekolah gaji 900...aku nak kerja ladang pun susah.....iklan tak pernah nampak....bila pg ladang dia kata dah cukup org....semua dah dikontrakkan...kontraktor tak pernah umum nak cari pekerja....ingat aku tak tau kerja ladangke?..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.