..

..

IKHLAS TAK PEDULI PENJAJA MELAYU , SIBUK BERPOLITIK DESAK TPM LETAK JAWATAN

on Wednesday, February 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Sejak isu 1.5 juta Bangladesah menjadi hangat  , IKHLAS menerusi Presiden Mohd Ridzuan Abdullah cuba menjadi hero dan menarik perhatian rakyat untuk bersamanya .

Tak cukup dia membuat report polis dan merancang untuk berdemontrasi , terbaru beliau mendesak TPM DS Ahmad Zahid Hamid meletak jawatan !!

Tindak tanduk Ridzuan tidak mengejutkan kerana ia mungkin perancangan rapi  mereka menyerang kepimpinan kerajaan . Beliau juga pernah mengadakan perjumpaan khas dengan Tun Mahathir yang diketahui umum antara pemimpin yang  hendak  menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia .

Menyerang TPM seperti juga  mahu menyerang PM kerana merosakkan orang kanannya satu strategi juga untuk melemahkan kekuatan PM .

Persoalannya , Ridzuan selaku Presiden IKHLAS tidak pulak kita dengar  pernah mendesak Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng meletakkan jawatan  kerana zalim merobohkan gerai penjaja Melayu di negeri itu .

Di mana pembelaan Ridzuan kononnya  NGO nya begitu gah  membela penjaja kecil ??

Cukup-cukupla ...shut up your mouth !!



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disaran supaya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri kerana gagal melaksanakan tugasnya dalam mengawal kemasukan pekerja asing di Malaysia.

 Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah turut memberi amaran agar Zahid tidak menghina belia dengan mendakwa mereka malas dan tidak sanggup kerja dalam sektor 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’, dan ‘dirty’.

 Katanya, ramai anak muda yang bekerja di luar negara seperti di Singapura dan Australia dalam sektor 3D kerana gaji yang diterima lumayan berbanding di Malaysia.

“Hari ini ramai belia tidak kira Melayu atau Cina kerja di Singapura dan Australia dalam sektor 3D kerana gaji diterima mahal. “Jadi, jangan hina golongan belia, jangan buat cerita dongeng.

Rakyat hari ini bukan bodoh. “IKHLAS minta menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak layak duduk KDN, letak jawatan. Jangan rosakkan imej Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya dalam satu sidang media di Hotel Sani.

Dalam pada itu, Ridzuan juga mahu Zahid untuk mendedahkan syarikat-syarikat yang meminta pengambilan pekerja warga asing itu jika benar-benar telus.

“IKHLAS desak tolong dedahkan syarikat memohon kerja asing 1.5 juta, kita nak tahu syarikat, sektor dan kilang mana?

“Kalau betul tolong dedahkan, syarikat mana? Kita nak tahu,” tegas. Sementara itu, Ridzuan turut menasihatkan anak Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid supaya duduk diam dan tidak banyak bercakap.

Katanya, kenyataan anak Zahid mengenai isu kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia bukan isu besar merosakkan imej parti UMNO/Barisan Nasional (BN).

“Anak Zahid (Nurulhidayah) baik tutup mulut, duduk diam. Ayah dia seorang politik, jangan rosakkan imej parti. Duduk diam, jangan cakap banyak,” katanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Yg pasti syarikat yg jadi agen bawak masuk bangla tu kepunyaan kaum kerabat pak menteri.

  2. Anonymous says:

    yg ko pula nak melompat sgt kenapa..tiba2 punggung ko pula panas..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.