..

..

BELIA P.PINANG BAKAL BERGELAR "HOMELESS GENERATION " DI BAWAH KERAJAAN DAP ? @dzainalabidin

on Wednesday, February 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Golongan belia kini bakal menjadi ‘homeless generation’ jika rumah mampu milik tidak dijadikan sebagai asas keperluan yang harus dimiliki. Menjadikan Kampung Mutiara di Pulau Pinang sebagai contoh terdekat, Ahli Parlimen Belia Malaysia Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias, berkata ini kerana kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lim Guan Eng tidak memikirkan kelangsungan masa depan golongan muda kerana hanya membina perumahan yang tidak langsung mampu dimiliki.

Berikutan itu tegasnya lagi, Kerajaan Pusat perlu mengambil langkah segera dengan membina rumah mampu milik untuk golongan muda jika tidak mahu melihat golongan muda yang ada pada hari ini akhirnya merempat.



 “Tindakan kerajaan negeri di Pulau Pinang yang tidak mendirikan rumah mampu milik memberi kesan kepada penduduk di kampung Mutiara sekarang ni, semalam Mahkamah Rendah dah memutuskan yang pemaju tanah Kampung Mutiara dibenarkan untuk miliki tanah tersebut dan akhirnya, ratusan penduduk Kampung Mutiara kena keluar dari tanah itu tanpa diberi sebarang pampasan. 

 “Saya ingin mengambil perhatian dewan ini, jadikan Kampung Mutiara sebagai contoh, kalau kerajaan tak bina rumah mampu milik untuk golongan muda sekarang, takut isu yang sudah mula pada hari ini akan meberi kesan kepada golongan belia, maka akan lahirlah lagi golongan muda yang akan dihalau keluar dari Pulau Pinang.

 Wakil belia Pulau Pinang Mohd Hilmi Elias “Apa akan jadi dengan golongan belia jika kerajaan pusat tidak bina rumah mampu milik di Pulau Pinang?” katanya ketika membahaskan usul bagi menkaji semula mekanisme meningkatkan kemampuan belia dalam memiliki rumah mampu milik di Parlimen, Rabu.

 Persidangan Parlimen Belia Malaysia (APBM) sidang 1 tahun 2016 berlangsung selama dua hari bermula hari ini sehingga Khamis. Ia disertai 124 ahli APBM dimana ia bertujuan bagi membincangkan empat usul yang akan dibawa oleh Jawatankuasa Sosioekonomi, Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang dan Integriti, Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Kesihatan, serta Jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya.

 Usul-usul yang dibahaskan itu kemudiannya akan diangkat kepada Mesyuarat Jemaah Menteri. Mengulas lanjut, Hilmi menegaskan semua pimpinan tidak kira kerajaan mahupun pembangkang perlu menolak sentimen politik dalam banyak perkara khususnya melibatkan rakyat. P

Wakil pembahas belia dari Perak Ahmad Fadzil Ahmad Suhaili ketika membahaskan usul perumahan rakyat pada Persidangan Parlimen Belia Malaysia 2015-2016 di Dewan Rakyat Parlimen 

Ini kerana, kerajaan negeri telah menolak projek rumah mampu milik yang ingin dibangunkan di Pulau Pinang Kerajaan Pusat, sekaligus ia memberi kesan buruk kepada rakyat di negeri itu sendiri. 

“Saya tahu yang Kerajaan Pusat ingin membina 3000 rumah mampu milik melalui 15 pelan pembangunan tapi ia ditolak kerajaan negeri hanya kerana polemik politik, dan kesannya adalah golongan muda sekarang ni, seorang pun belum miliki rumah kerana tidak ada rumah kos rendah. “Apa akan jadi dengan nasib kami?” soalnya lagi.

 Kenyataan tersebut disokong seorang lagi pembahas Pulau Pinang, Siti Halisah Hussain yang turut mengulas isu yang sama. Katanya, rumah yang dibina di hadapan politeknik kawasan Permatang Pauh turut tidak mampu dimiliki kerana harga seunitnya adalah RM1 juta. - BNBBC -


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.