..

..

BALING MIKROFON SEBAB MAT SABU KECEWA AMANAH TAK DAPAT SAMBUTAN

on Friday, February 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah), Mohamad Sabu yang melemparkan mikrofon ketika berucap pada Himpunan 365 #BebasAnwar di Penjara Sungai Buloh baru-baru ini disifatkan sebagai manifestasi kekecewaannya yang “kebudak-budakan”.
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Hj Nawawi Hj Ahmad berkata kekecewaan yang ditonjolkan oleh bekas timbalan presiden Pas itu bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana sehingga ke hari ini kelahiran parti pimpinannya itu ternyata tidak mendapat sambutan secara menyeluruh.
Justeru katanya tidak peliklah dengan apa yang diluahkan oleh Mat Sabu itu namun sebagai pemimpin apatah lagi sebagai pimpinan utama beliau sepatutnya menunjukkan adab dan tatasusila yang sewajarnya kepada masyarakat umum khususnya kepada ahli parti beliau sendiri.
“Nak jadi pemimpin kena jaga adab…ada tatasusilanya. Mungkin kecewa setelah gagalnya Amanah dalam mendapat sokongan atau kegagalan dalam menimbulkan perasaan marah rakyat terhadap kerajaan.
“Beliau perlu ingat…rakyat berhak dalam membuat penilaian dan berhak dalam membuat keputusan. Jangan campur adukkan perjuangan dengan perbuatan-perbuatan yang tidak sopan. Sebab itu saya katakan beliau mengalami konflik dalam diri sendiri,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Nawawi seterusnya menambah tingkah laku dan drama yang dipertontonkan oleh Mohamad Sabu sewajarnya menjadi penilaian terbaik kepada masyarakat dan rakyat di seluruh negara.
Katanya keupayaan negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) dan seterusnya masih mendapat kepercayaan daripada rakyat tidak seharusnya diperkecilkan oleh beliau.
“Malah kelahiran Amanah itu sendiri yang perjuangannya di awang-awangan masih belum mendapat kepercayaan rakyat. Bagaimana rakyat mahu menaruh keyakinan kepada parti pimpinannya.
“Sebab itulah luahan kecewa beliau pada himpunan tersebut hanyalah sekadar untuk menarik tumpuan politik semata-mata.
“Sepatutnya beliau kena tunjukkan yang terbaik dan kena tunjukkan apa yang boleh dilakukan lebih baik daripada kerajaan yang ada hari ini. jangan hanya sekadar tunjuk baling mikrofon sebagai simbolik kepada perasaaan kecewanya. Itu sifat kebudak-budakan,” ujarnya.
Dilaporkan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengakhiri ceramahnya pada Himpunan 365 #BebasAnwar di Penjara Sungai Buloh dengan membaling mikrofon ke belakang pentas


3 Responses

  1. RD. says:

    Mat Sabu baling microphone depan Penjara Sg. Buloh? Ini perkara pelik. Mungkin dia marah kerana mereka desak Anwar Ibrahim dibebaskan. Sebenarnya, Mat Sabu tahu, Anwar memang suka main pungkoq jantan.

    Mat sabu dan Karpal Singh lah yang mula menuduh Anwar Ibrahim seorang Peliwat di Parlimen, 1997. "Kita punyai seorang Peliwat sebagai TPM" Begitulah lebih-kurang kata-kata Mat Sabu, ketika itu.
    Terbeliak biji-mata Dr.M, bermati-matian tidak percaya. Sebaliknya menganggap tuduhan itu sebagai fitnah terhadap Timbalan beliau. Sebab itu Karpal Singh tidak menjadi Peguambela Anwar pada Sodomy I, 1998.
    Karpal Singh sudah tiada. Elok kita tanya Mat Sabu cepat-cepat, mengapa, dia tuduh Anwar sedemikian, di Parlimen, pada 1997. (Saya tak tipu. Bukti ada dalam Hansard Parlimen. Google sendiri, kalau nak bukti). Itu pun kalau Mat Sabu yang diberi 'Amanah' oleh DAP, betul-betul beramanah sebagai President PAN. Sudah tentu, orang yang ber'amanah' tidak akan berdolak-dalih dalam mengatakan yang benar.

    Oh...saya terlupa. Anak-anak muda yang masi kecil pada 1997, mungkin tak tahu hakikat ini.

    Al-Juburi adalah gelaran yang dicipta oleh Mat Sabu sendiri, pada 1997, selepas beliau bersama Karpal Singh menuduh Anwar seorang Peliwat di Parlimen.
    Anwar dari ABIM, sebelum Dr.M bawa dia masuk UMNO. Ramai memanggilnya 'Pak Sheikh' kerana dia membawa perwatakan alim & warak dan pernah menjadi imam Solat Raya. Sebab itu Mat Sabu mengelar Anwar dengan jolokan Arab, Al-Juburi. Mat Sabu memang pandai beri gelaran dan buat lawak semasa muda untuk menarik orang-ramai ke ceramahnya. Satu trademark MatSabu semasa mudanya adalah maki-hamun ketika berceramah.

  2. Anonymous says:

    Pertama: PAN atau mangkok (hayun) dilahirkan hasil dari sumbang mahran oleh puak liberal dan penyokong LGBT yang kalah di dalam pemilihan parti asal PAS. Maksudnya mereka adalah golongan disingkir kerana perangai songsang kerana tidur sedudukan dengan puak munafik dan kafir harbi.
    Kedua: Golongan yang tersingkir dan mereka yang bergabung dalam parti mangkuk hayun ini karektor tidak ubah macam badut sarkis. Oleh yang demikian jangan lah rasa keciwa dengan balasan ALLAW SWT di atas perangai munafik dan kufur kepada hukum ALLAH. Kalau sudah berkawan dengan kaki meliwat, kalau tidak meliwat secara fisikal, sifat meliwat akan tercalit gak.

  3. Anonymous says:

    ABEY MAT DAH BUAT KEPUTUSEY INILAH KALI TERAKHIR DIA NAIK PENTAS CERAMAH SELAMATKAN ALJUBORI KESAYANGAN NYER

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.