..

..

ADUN BN BERTEMU ANGGOTA JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH , KEMELUT MB AKAN DISELESAIKAN CEPAT

on Monday, February 1, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Esok kemelut politik Kedah dijangka akan berakhir cepat selepas semua Adun BN dipanggil mengapa Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah . Sebelum itu PM juga  sudah memberi nama kepada Anggota Jemaaah Pemangku Sultan Kedah  untuk dicadangkan bagi menggantikan DS Muhkriz Mahathir sebagai MB Kedah baru. 

Pertemuan petang esok tanpa kehadiran Muhkriz dan Adun2 ini akan ditanya tentang pendirian masing2 . 





Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan bersama dalam sesi pertemuan Adun BN dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok.

Mukhriz berkata, walaupun beliau akan ke Wisma Darul Aman namun tidak akan bersama dalan sesi khas berkenaan yang dijadualkan akan berlangsung pada jam 2 petang itu.

"Pertemuan berkenaan bukan dengan saya sebaliknya ia hanya melibatkan Adun-adun BN dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah sahaja.

"Mungkin Jemaah Pemangku Sultan Kedah mahu bertanyakan adakah benar mereka (Adun BN) mempunyai pendirian yang sama seperti pada sidang media pada 20 Januari lalu," katanya ketika ditemui media selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini sebentar tadi.



Satu pertemuan antara BN dengan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan diadakan di sini esok, dipercayai berkaitan kemelut politik membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Beberapa Adun mengesahkan telah dimaklum mengenai pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Wisma Darul Aman, 2 petang esok.

Seorang Adun yang enggan namanya dinyatakan berkata, beliau menerima makluman tersebut menerusi WhatsApp tetapi enggan mengulas lanjut.

"Surat tiada, tetapi saya mendapat mesej untuk hadir ke pertemuan itu esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang lagi Adun berkata, beliau mendapat mesej mengenai perkara itu dan dihubungi oleh seorang pegawai dari Wisma Darul Aman.

Sementara itu, seorang Adun terlibat mengesahkan akan hadir pertemuan itu, dan difahamkan mereka akan dipanggil mengadap seorang demi seorang. 

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai timbalan pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Terdapat maklumat bahawa 19 daripada 21 Adun BN - 17 daripada Umno dan dua MCA - telah menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Tan Sri Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan mengenai pertukaran Menteri Besar.

Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu adalah dua lagi anggota jemaah iaitu Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Najib dalam sidang media pada hari yang sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dilaporkan sebagai berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung kemelut berkenaan. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.