..

..

UMNO SUMBANG KAKI PALSU KEPADA PELAJAR PUTUS KAKI @NajibRazak

on Wednesday, January 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghulurkan sumbangan peribadi RM10,000 kepada mangsa langgar lari, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kaki digilis lori, Isnin lalu.
Sumbangan disampaikan melalui Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sebentar tadi.
Abdul Azeez turut mengumumkan sumbangan sepasang kaki palsu daripada Biro Kebajikan UMNO untuk pelajar Tingkatan Satu itu.
"Kaki palsu ini akan diberikan kepada Siti Nuraisyah selepas dia sembuh dan kita akan terus memantau keadaannya, " katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji berkata, Siti Nuraisyah juga akan ditaja menunaikan umrah bersama ibu-bapanya selepas ini.


One Response

  1. Zam says:

    Alhamdulillah, pantas DS Najib hulurkan bantuan. Kasihan adik ni ujian dr Allah SWT buatnya. Semoga masa depannya lebih cerah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.