..

..

UMNO KEDAH SEBENARNYA HANTAR ISYARAT KEPADA TUN MAHATHIR ?

on Thursday, January 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Sejak petang kelmarin bertalu-talu di media sosial tumpu kepada isu MB Kedah DS Muhkriz Tun Mahathir berikutan hilang kepercayaan  oleh  15 Ketua Bahagian UMNO Kedah diketuai Tok Mat Bashah selaku Timb Pengerusi Perhubungan terhadap kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar dan mereka desak PM melakukan perubahan kepimpinan negeri . 


Pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Ahmad Bashah berkata, Mukhriz yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di negeri tersebut.
“Beliau gagal dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan parti di negeri Kedah.

“Sebagai menteri besar, beliau juga gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan,” katanya selepas perjumpaan tertutup pemimpin Umno negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mukhriz turut dituduh gagal menyatukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat negeri.

“Beliau juga gagal membuat perancangan strategik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 nanti,” katanya yang dipetik laporan Bernama.


Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menegaskan keputusan dicapai kepemimpinan UMNO negeri terhadap Menteri Besar Kedah, dibuat demi kepentingan parti dan langsung tiada kaitan dengan soal peribadi.
 "Sebenarnya 'gerakan' ke arah ini sudah lama ada, tetapi masing-masing lebih bersifat tunggu dan lihat, sehinggalah tindakan bersifat konsensus ini diambil. 
"Saya menyokong penuh kenyataan media yang dibuat secara bersama ini dan berharap Perdana Menteri dapat segera menyelesaikan kemelut ini, demi kelangsungan Kedah dan rakyat," katanya yang dihubungi di London.



KENYATAAN AKHBAR
Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Alor Setar
20 Januari 2016


Apa yang GPB boleh simpulkan daripada sidang media Ketua Bahagian ini hanyalah isyarat pemimpin UMNO Kedah   kepada Tun Mahathir Mohamad .

Sudah agak lama  Tun M dan macai2nya seperti Anina , Khairuddin dan juga penyokongnya di media sosial menyerang, menfitnah dan maki hamun Najib  hanya kerana dia tidak mahu meletakkan jawatan PM . 

Kenyataan terbaru   pun Tun Mahathir tetap  tidak putus asa untuk melawan takdir Allah yang meletakkan Najib terus kekal sebagai PM Malaysia . 

Dalam isu MB Kedah ini , itu baru sikit sahaja desakan oleh Ketua-Ketua Bahagian kepada Muhkriz dan lihatlah bagaimana penyokong2 ProTun melompat & kelupoq   macam dunia nak kiamat. 

Muhkriz bukannya dipecat pun dari parti UMNO malah beliau masih lagi kekal MB Kedah ! 

Tapi bila  berlaku kat  Najib setiap hari hang pa dok maki dan desak berundur  terutama Anina seolah-olah tak ubah seperti  macai DAP !! 

Bila ada suara pemimpin MT & Ketua Bahagian  UMNO pertahankan Najib dituduh pemakan dedak dan money is king  sebab itu yang diajar Tun Mahathir di blognya  . 

Kini Ketua Bahagian UMNO sudah mula guna sedikit kuasa mereka secara konsensus  dan telah mengugat kedudukan anak Tun Mahathir walaupun dari segi undang2 hanya undi tak percaya di DUN boleh mengugurkan kedudukan MB .

Seperti kata Menteri Pendidikan , gerakan ini sudah lama tapi mereka hanya tunggu dan lihat. 

Mungkin this is the right time dan isyarat serangan  perlu  dihantar  kepada Tun Mahathir   bahawa mereka tak suka  cara Tun menyerang & menjatuhkan Najib .

Apa keputusan PM tentang isu MB Kedah ?

GPB membayangkan cara  PM DS Mohd Najib Tun Razak menyelesaikan isu ini dengan  mengekalkan Muhkriz sebagai MB Kedah demi kelangsungan negeri dan rakyat. 

Memang agak janggal la jika kena sokong balik tapi ini pun  sebenarnya perkara  telah berlaku di PRU13 .Dalam UMNO Kedah memang ada beberapa kumpulan tapi bila time PRU13 boleh sepakat .

Politic is nothing possible ......



Hint : TPM pernah menyebut tiada MB akan digugurkan .  



Ada yang tersirat disebalik semua yang berlaku ...

Keep calm ..kita serahkan kepada kebijaksanaan PM & Presiden untuk selesaikan

Dulu pun masa Sanusi Junid nak jadi MB Kedah ..22 Adun tak setuju tapi Presiden mahu juga dia tetap  jadi MB ...















4 Responses

  1. hahaha...bila anjing belaan jibby bersuara..

  2. Anonymous says:

    Mahathir kutty menjahanamkan masa depan anaknya Mukriz yg masih lembik dan tak tentu hala dengan keadaan di kedah.

    So Tun ingat dia boleh buat apa sahaja sedangkan orang lain juga ada akal dan perasaan.

  3. Anonymous says:

    umno boodooo

  4. Anonymous says:

    Anon 1:12 super ngokkk

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.