..

..

UMNO KEDAH MENGADAP PM ESOK PETANG , MUHKRIZ DAKWA 90 % RAKYAT KEDAH DIBELAKANGNYA

on Friday, January 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Esok petang UMNO Kedah telah sahkan akan mengadap PM mengenai kemelut politik negeri . Tapi Muhkriz masih lagi tidak berbuat apa-apa dan hanya berkata  rakyat 90 %  masih lagi mahukan beliau kekal MB .

Sepatutnya beliau perlu berlajar krisis MB di Selangor bagaimana TS Khalid Ibrahim dijatuhkan selepas hilang sokongan Adun dan parti .  Khalid pun cakap rakyat Selangor bersamanya tapi  jawatan MB adalah lantikan oleh parti bukan rakyat .

Apapun kita tunggu cerita esok ...





Barisan kepemimpinan UMNO Kedah dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur petang esok, dipercayai berkaitan kemelut politik yang melanda Kedah ketika ini. 

Selain barisan Ketua UMNO Bahagian, turut diarah hadir ialah Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) dan EXCO Kedah dalam perjumpaan yang dijangka diadakan jam 4 petang esok. Sumber dalaman parti ketika dihubungi berkata, hanya 14 Ketua UMNO Bahagian sahaja menerima jemputan berkenaan, manakala nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dikecualikan. 

"Sehingga kini, tiada maklumat rasmi diterima mengenai motif semua ADUN, EXCO dan Ketua UMNO bahagian itu dipanggil, namun kita percaya ia ada kaitan dengan sidang media diadakan di Hotel Grand Alora, yang mendesak Mukhriz berundur," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md hanipah, ketika dihubungi BH, mengesahkan akan berjumpa dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur esok, namun tidak mengulas lanjut.


One Response

  1. Anonymous says:

    Najib tu Sultan Kedah ke yang ketua umno bahagian pengampu Najib sibuk nak menghadap sangat untuk jatuhkan Datuk Seri Mukhriz? Jenis tak tau adap puak pengampu Najib ni, Kedah ada Sultan, kini di Kedah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Tengku Temenggung Kedah yang jadi wakil Sultan Abdul Halim, sebab Sultan Abdul Halim jadi YDP Agong sekarang ni, kalau gentleman, sila menghadap YDP Agong untuk desak pemecatan Datuk Seri Mukhriz dari jawatan MB Kedah, itu pun kalau berani dan gentleman lah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.