..

..

TPM JADI MANGSA FITNAH JAHAT TERBARU BLOG HASUT RAKYAT BENCIKAN KERAJAAN @Zahid_Hamidi

on Tuesday, January 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tengok tajuk memang kontroversi dan kenyataan pulak orang lain tapi kerana nak bagi sensasi dan burukkan pemimpin kerajaan letak gambar muka TPM DS Zahid Hamidi  . 

Inilah modus operandi blog2 hantu pembangkang di media sosial yang mainkan isu dengan putarbelitkan kenyataan Menteri kabinet untuk  bangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan .

Kaedah serangan cybetrooper pembangkang  cara ini paling banyak digunapakai kerana mereka menggunakan isu trending di media sosial untuk menarik perhatian rakyat

Selepas itu mereka  akan share di facebook  masing-masing terus yang tanpa  menyiasat samada betul atau tidak kesahihannya artikel ini  .

Antara contoh terbaru ialah satu sebaran di portal hantu ala hiburan  ini telah memuatkan bahawa kerajaan akan menamatkan kakitangan kontrak pada Disember tahun ini . Ramai mempercayai terutama penjawat awam dan share di facebook masing-masing hinggan KSN terpaksa menafikan laporan itu . 

Inilah cabaran kerajaan BN hari ini berdepan pelbagai fitnah di media sosial dan jika tidak di counter dalam masa yang cepat akan terus menjadi viral dan ini amat merbahaya . 


KERAJAAN NAFI KAKITANGAN KONTRAK AKAN DITAMATKAN PERKHIDMATAN DISEMBER INI
KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa menafikan laporan bahawa penjawat awam berstatus kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang Disember tahun ini.
Beliau berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan khidmat kakitangan kontrak tahun ini.
"Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sebuah portal hari ini melaporkan bahawa kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya bermula Disember ini.
Memetik kenyataan sumber, portal itu berkata maklumat itu diperoleh daripada satu mesyuarat awal pagi Isnin. -Bernama-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.