..

..

TAMBAK LAUT TETAP DITERUSKAN DEMI PROJEK PIP,KERAJAAN DAP TAK PEDULI BANTAHAN RAKYAT

on Friday, January 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




“Tanah-tanah milik kerajaan negeri tidak mencukupi dan nilai tanah di Seberang Perai tidak seberapa tinggi jika dibandingkan di bahagian pulau. Jadi, cadangan untuk menggantikan aktiviti tambakan laut dengan jual tanah milik kerajaan negeri ini tidak boleh diguna pakai”.
Itu kata Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menegaskan bahawa kerajaan DAP negeri akan meneruskan aktiviti tambakan laut bagi membiayai kos projek-projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri yang berjumlah RM28 bilion.
Menurutnya, aktiviti tambakan laut itu tetap akan dilaksanakan mengikut fasa sekalipun menerima pelbagai bantahan dan cadangan.
Keutamaan kerajaan negeri katanya, ialah membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) melibatkan laluan Bayan Lepas ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dalam pakej pelan berkenaan dan Lebuhraya Pan Island.
“Setakat ini, kedua-dua projek itu di tahap permohonan kelulusan dan kajian perancangan awal dijangka siap pertengahan tahun ini,” katanya.-BNBBC 

** Projek berbilion ringgit yang boleh memberi keuntungan kepada kerajaan DAP dan parti mestilah diteruskan walaupun berdepan bantahan dan kesan kepada alam sekitar . Mereka tak peduli bantahan rakyat kerana yang lebih penting keuntungan diraih berbilion ringgit ! 
Yang ini macai2 pembangkang tak nak bantah ke ?? Tak cukup tanah di darat .. Lulus tambak laut untuk dapat duit ....





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.