..

..

TAK TANDING KAWASAN MELAYU TAPI GUAN ENG TAKUT ANTI DAP PENGARUHI PENGUNDI LUAR BANDAR?? @dzainalabidin

on Thursday, January 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sebenarnya dakwaan propaganda hitam oleh DAP kononnya menjadikan Melayu luarb andar membenci parti itu sememangnya tak perlu dirisaukan mereka. Ini kerana DAP bukannya bertanding di kawasan majoriti Melayu sebaliknya di kawasan urban majoriti CIna. 


Malah Pengerusi UMNO P.Pinang DS Zainal Abidin Osman membidas tuduhan Guan Eng ini dan mendedahkan  gerakan propaganda hitam ANTI UMNO turut digerakkan DAP di kawasan urban Cina . 

Maksud tersirat Guan Eng adalah mereka lebih risaukan rakan sekutu mereka iaitu PKR dan PAN yang akan bertanding di kawasan Melayu berdepan UMNO . Selepas bercerai dengan PAS , kekuatan sokongan Melayu telah berkurangan terhadap Pakatan Harapan dan PAN pulak masih lagi baru & tidak diyakini pengundi  . 
Sentimen fear factor Melayu  jika ini berterusan terhadap DAP ,  PRU14 mustahil untuk dimenangi Pakatan Harapan diterajui DAP walaupun BN berdepan dengan pelbagai masalah dalaman tapi masih diyakini matang untuk memimpin negara .



"Propaganda hitam" terhadap DAP berjaya menjadikan orang Melayu membenci parti pembangkang itu yang sebahagian besar ahlinya terdiri daripada kaum Cina, kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng hari ini.
Kenyataan beliau seiring dengan hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) pada November yang mendapati peningkatan kemarahan Melayu terhadap DAP, yang dilihat sebagai anti Melayu, anti Islam dan parti bersifat perkauman.
Lim berkata, sentimen itu ketara di kawasan luar bandar di mana DAP tidak mempunyai kerusi dan masyarakatnya bergantung kepada media arus perdana bagi mendapatkan berita dan maklumat.
"Jika pilihan raya diadakan sekarang, kita akan menghadapi masalah, tetapi kita ada 2 tahun lagi untuk berusaha menjelaskannya," katanya kepada pemberita hari ini.
Lim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kajian IDE itu, yang dijalankan daripada 13 hingga 15 November tahun lepas dengan 1,716 responden Melayu di seluruh Selangor.
Ia mendapati hampir dua pertiga daripada responden (72%) bersetuju DAP adalah sebuah parti perkauman yang hanya menjaga kepentingan masyarakat Cina. Hanya 12% tidak bersetuju, manakala 16% berkata mereka tidak pasti.
Lebih separuh (64%) bersetuju dengan kenyataan "DAP adalah sebuah parti anti Melayu dan anti Islam". Kira-kira 18% tidak bersetuju manakala 19% tidak pasti.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.