..

..

SELEPAS SERANG NAJIB KINI GILIRAN ZAHID , APA LAGI TUN M MAHU ??

on Wednesday, January 6, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Semakin hari semakin mengarut kenyataan dikeluarkan Tun Mahathir . Ini kerana beliau merasakan dirinya berhak bercakap semua isu termasuk isu Rayani Air dan ditambah lagi kenyataannya kini mendapat tempat di  media pro pembangkang .

Hari ini dalam satu wawancara khas dengan portal pembangkang FMT   , beliau mendedahkan mempunyai  kisah buruk @ rahsia buruk mengenai TPM DS Zahid Hamidi  tetapi tidak mahu mendedahkan kepada umum  . Tindakan ini bagus & di dalam Islam kita diajar agar tidak mendedahkan aib orang .

Yang peliknya  , mengapa perlu sekarang Tun Mahathir mendedahkannya bahawa memiliki maklumat rahsia  itu tapi tidak mahu mendedahkan  ?

Apakah kerana TPM hari ini setia dan mempertahankan PM DS Mohd Najib Tun Razak berbanding bekas TPM yang mengikut arahan Tun Mahathir  ?

Atau ini adalah satu isyarat ugutan stail politik zaman beliau menjadi PM  kepada sesiapa yang tidak disukainya  ?

Alahai Tun Mahathir ...duduk berehatlah seperti Pak Lah di penghujung usia dari politik . 

Janganlah  terlalu desperado sangat menyerang pemimpin seperti Zahid Hamidi   yang setia kepada PM . Kalau diikutkan Tun M lagi banyak buat salah kepada  TPM  &  pernah arahkan tangkap beliau di dalam ISA pada 1998 .

Dulu Tun Mahathir sendiri semasa jadi PM minta semua pemimpin & ahli parti  setia kepada pemimpin . Adakah Tun M sudah menjadi Melayu mudah lupa ?? 


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mendedahkan kisah buruk mengenai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun beliau menyimpan banyak rahsia dan kisah silam Timbalan Perdana Menteri itu.
Menurut Dr Mahathir, beliau boleh mendedahkan kisah buruk Ahmad Zahid pada masa lampau namun, memilih untuk tidak mengaibkan pemimpin nombor dua dalam kerajaan itu.
“Saya tidak suka hendak cungkil ‘benda-benda kotor’ yang dari waktu belakang (silam). Kita semua banyak buat dosa, tetapi banyak orang tidak mahu sebut. Kalau hendak kata saya buat salah, katalah. Semua orang terimalah,” katanya.
Dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT, Dr Mahathir turut mendedahkan bahawa beliau mengenali secara mendalam sikap dan tingkah laku Ahmad Zahid memandangkan beliau sendiri yang melantiknya sebagai menteri kabinet.
“Dia (Ahmad Zahid) dapat jadi menteri pasal saya juga. Kalau saya cerita hat (perkara) lama nanti jadi buruklah,” ujarnya.- FMT 


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Siapa tak kenal si zahid tu..

  2. Anonymous says:

    Alahai...rahsia buruk keling kerala sewel ni lagi bertimbun!

  3. Anonymous says:

    Itu bukan seranglah, itu bagi pendapat. Kalau tak nak pendapat dia, jangan acukan soalan kat dia. Tun bukan jenis merapu tak tentu pasal.

    Itulah orang tua-tua kata kalau sayang, kentut dia pun kata wangi; bila tak suka semuanya dilihat salah.

  4. Kesian sungguh ada yang tak faham apa yang TUN sampaikan.TUN belum pun critakan akan keburukan zahid tapi tajuk aje dah tunjukkan akan kejahatan TUN.

  5. Anonymous says:

    Apa yang Tun serang? Tun kata dia tidak mahu mengungkit kisah silam. Takkan itu satu serangan?

  6. Zahid ada petik kisah legasi terdahulu n cakap kerajaan hari ni kene bersihkan najis legasi dulu untuk jawab soalan dalam satu even.

    Sape suruh Zahid petik cite legasi kerajaan terdahulu untuk jawab isu rakyat pada hari ini?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.