..

..

RIDHUAN TEE GELAR PEMIMPIN PARTI AMANAH KEMARUK UNDI KERANA CAMPUR TANGAN HAL EHWAL BRUNEI

on Tuesday, January 5, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Kenyataan kemaruk undi pemimpin Amanah, sehingga berani campurtangan dalam urusan negara Brunei mengenai sambutan Krismas agak mengejutkan.

 Apabila orang Islam sudah menjadi jurucakap, sudah tentu ultra kiasu sangat seronok. Mereka turut mendesak supaya Putrajaya turut campurtangan, mendesak kerajaan Brunei supaya meliberalkan sambutan perayaan kaum minoriti itu. Di mana kita tinggal? Tongsan? Hormatilah perasaan bangsa majoriti dan undang-undang di sana.

Peliknya, Kristian di Brunei tidak terasa apa-apa pun. Kenapa kita  gatal punggung? Sila baca artikel Harris Nasril, bertajuk Christmas in Brunei, a reader’s account, yang membuat kajian apa yang berlaku di sana.

Secara prinsip, pendirian sesebuah negara hendaklah dihormati atas semangat kejiranan. Pasti ada justifikasinya. Inilah orang politik, bila nampak sesuatu isu yang memberi keuntungan politik atau undi. Semua mahu jadi jaguh kampung.

Saya telah beberapa kali ke Brunei memberi syarahan. Sultan Brunei amat prihatin dengan bangsa minoriti, kerana mereka ada hak dalam negara Islam. Justeru, Baginda Sultan sentiasa merujuk kepada pakar, iaitu Majlis Agama dan Mufti. Keputusan tidak dibuat semborono. Bukan seperti kita, ada pakar, tetapi tidak merujuk. 

Agama Islam adalah agama negara Brunei. Suatu perkara biasa jika agama Islam mendominasi, seperti negara lain. Ada kebebasan, tetapi jangan sampai menenggelamkan agama negara. Berbeza dengan kita. Boleh belaka, Malaysia boleh. Perdana Menteri Britain, tidak segan-segan mengatakan multiculturalism is dealth. Malah mengistiharkan Britain adalah negara Kristian. Kenapa tidak bantah?

Agak malang bagi kita, anak-anak muda Islam terhegeh memakai memakai baju santa claus dan pakaian bangsa lain ketika perayaan mereka, sedangkan bangsa lain tidak pernah pun terlintas memakai pakaian kita.

Ironinya, tindakan kerajaan China yang kejam ke atas umat Islam iaitu dengan mengharamkan puasa, menyimpan janggut, menutup aurat, banyak lagi cara hidup Islam yang diharamkan, tidak pula diprotes ultra kiasu. Kenapa kita selalu jadi mangsa?

Sedarkah kita bahawa jumlah rumah ibadat bukan Islam sudah terlebih keperluan, 10 kali ganda bilangan masjid surau dan mereka boleh buat sesuka hati di sana? Sambutan perayaan bukan hanya di sana, malah menutupi bumi Malaysia?

Justeru, dalam memberikan keadilan, jangan lihat keadilan itu fair and square atau 1=1,  tetapi meletakkan sesuatu ditempat yang betul. Sensitiviti agama majoriti mesti dihormati.

Terbaharu, ultra kiasu mengutuk tindakan Putrajaya menghalang atlit Israel masuk bertanding Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia di Langkawi. Apabila merasa tergugat dengan tindakan tersebut, cepat-cepat pemimpin ultra kiasu lain mengatakan itu pendapat peribadi. Ingatan saya kepada kita semua, jangan sampai negara ini diIsraelkan dan dikristiankan. Ultra kiasu sangat licik dalam psywar dan psyop mereka. Hati-hatilah wahai pemimpin negaraku.

Banyak negara lain di dunia, termasuk negara bukan Islam yang tidak menyambut Krismas. Malah Kristmas tidak diistiharkan sebagai cuti umum. Misalnya, Arab Saudi, Algeria, Afghanistan, Azerbaijan, Bahrain, Iran, Kuwait, Libya, Maghribi, Oman, Qatar, Somalia, Tajikistan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, UAE, Uzbekistan dan Yaman.

Manakala Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Lubnan, Mesir, Sudan dan Syria mewartakan Krismas hanya cuti untuk penganut Kristian serta disambut pada 7 Januari yang turut dikenali sebagai Krismas Kuptik atau Ortodok. Negara Islam bercuti Krismas adalah Albania, Bosnia, Kosovo, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia. Pakistan bercuti pada 25 Disember bukan sebab Krismas tetapi Hari Peringatan Pengasasnya, Muhammad Ali Jinnah.

Israel yang terletak berhampiran Gereja Nativiti, Bethlehem, Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa A.S., pun tidak bercuti pada hari Krismas. Negara bukan Islam yang tidak bercuti Krismas adalah Bhutan, China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Brunei ‘mengharamkan’ sambutan secara terbuka Hari Krismas kerana khuatir ia boleh menyesatkan umat Islam. Umat Islam perlu menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah. Mungkin ada yang berhujah, rapuh sangat iman umat Islam boleh terpengaruh dengan santa claus. Ini bukan soal rapuh iman atau tidak. Ini negara mereka dan mereka ada hak. Keadilan itu memberikan hak kepada yang berhak.

Banyak percubaan yang dilakukan untuk meliberalkan dan mengkristiankan negara Brunei, tetapi tidak berjaya kerana pemimpinnya hebat. Kita sudah nampak bahaya di depan mata, tetapi terus biarkan, atas alasan unity in diversity. Siapa jadi mangsa?

Untuk makluman, Brunei turut mengetatkan undang-undang sambutan Tahun Baharu Cina. Sambutan hanya boleh diadakan di tokong, dewan sekolah dan rumah anggota-anggota persatuan Cina untuk tiga hari sahaja pada waktu yang dibenarkan. Mercun dan bunga api diharamkan.


Bandingkan negara kita, kebebasan tanpa had, ibarat burung di angkasa. Adakah dihargai? Undi kitapun tidak? Itu pun ada laporan mengatakan Malaysia berada dalam tangga ke-8 dalam dunia mengekang agama lain. Adakah kita masih buta?


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.