..

..

PORTAL PEMBANGKANG SPIN JAHAT KENYATAAN MENTERI PASAL MALAYSIA BUKAN KOMUNIS

on Wednesday, January 13, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Lain dicakap lain yang dilaporkan oleh portal pembangkang . Rahman Dahlan mengulas  tentang titah Sultan Perak dengan menyatakan   bahawa pembinaan rumah dengan rekaan canggih akan menambahkan kos dan pemaju perlu fokus pembinaan rumah mampu milik yang lebih mendapat permintaan tinggi.

Tetapi yang ditulis adalah berdasarkan Malaysia bukan Komunis  itu merujuk kepadasatu soalan provokasi wartawan yang menanya supaya kerajaan menghalang (ban) pemaju daripada membina perumahan mahal dan bukannya merujuk kepada titah Sultan Perak.

Spin jahat portal pembangkang cukup mudah untuk bangkitkan kemarahan rakyat terhadap Menteri dan kerajaan seoalah-olah kerajaan tak pentingkan pembinaan rumah murah atau mampu milik .  Walhal kerajaan BN telah banyak membangunkan rumah mampu milik melalui PRIMA dan rumah PPR untuk rakyat . 




— Pembinaan rumah dengan rekaan canggih berserta ciri-ciri tambahan untuk menjual ‘gaya hidup’ akan menambahkan kos hingga mengehadkan pemilikan kepada golongan tertentu, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Pembinaan rumah yang ada kolam renang, rumah kelab dan bermacam-macam tambahan kepada ciri-ciri rumah menjadikan rumah itu terlalu mahal dan saya lihat ia menjadi trend kepada pemaju,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang menegur tindakan pemaju kerana dilihat lebih berminat membina rumah mahal untuk mengaut keuntungan besar, Abdul Rahman mengingatkan pemaju memberi fokus kepada pembinaan rumah mampu milik kerana ia mempunyai permintaan tinggi rakyat pada masa ini.

“Pemaju seharusnya tidak hanya membina rumah 'bertaraf lima bintang' kerana pembinaan rumah mampu milik juga mampu memberi keuntungan berdasarkan permintaannya yang tinggi,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan boleh menasihatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menghalang pemaju daripada membina rumah ‘gaya hidup’, beliau berkata sebagai sebuah negara demokrasi, kerajaan tidak boleh menghalang pemaju berbuat demikian terutamanya jika terdapat permintaan untuk rumah berkenaan.
Abdul Rahman dalam pada itu, berkata hak menyewa yang diberikan kepada warga tempatan bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan ditarik sekiranya didapati rumah berkenaan disewakan kepada pihak ketiga.

Beliau berkata ia dilakukan bagi memastikan sebanyak 76,211 rumah PPR di seluruh negara bebas daripada dihuni mereka yang tidak sepatutnya terutama warga asing atau pendatang asing tanpa izin.

“Kita akan perkasakan bahagian penguatkuasaan dan mahu pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan bersama-sama menjayakan misi yang menjadi keutamaan kementerian tahun ini,” katanya, sambil menambah penyewa warga asing akan diminta mengosongkan rumah dengan tempoh maksimum sebulan diberikan.

Abdul Rahman berkata tindakan tegas itu perlu dilakukan bagi memastikan puluhan ribu pemohon yang benar-benar memerlukan rumah tersebut dapat mendiami PPR berbanding mereka yang menggunakannya secara salah untuk meraih keuntungan.

Beliau berkata walaupun tindakan itu akan membangkitkan kemarahan dalam kalangan penyewa tetapi ia berbaloi sekiranya rumah itu dapat dikembalikan kepada PBT untuk diserahkan semula kepada pihak yang benar-benar memerlukan.

“Mungkin mereka yang dipaksa keluar akan marah tetapi percayalah puluhan ribu lagi akan bertepuk tangan kerana saya yakin rakyat akan hargai apa yang kita lakukan,” katanya. — Bernama
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/rekaan-canggih-buat-rumah-terlalu-mahal-kata-rahman-dahlan#sthash.adf1MRk0.dpuf


One Response

  1. Anonymous says:

    Pihak berwajib yg meluluskan projek mestilah meletakkan kriteria keperluan setempat bukan dari sudut keuntungan komersil..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.