..

..

PENDAKWAH AGAMA BIDAS TUN M HENTAM RAYANI AIR KERANA AMAL PATUH SYARIAH

on Tuesday, January 5, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments




 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyokong operasi syarikat penerbangan baharu, Rayani Air yang memberi perkhidmatan dengan konsep patuh syariah walaupun pemiliknya jelas bukan beragama Islam.

Pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata, bukan sahaja Rayani Air malah usaha murni mana-mana syarikat bukan Islam yang beroperasi dengan berlandaskan syiar tidak boleh disalah erti dengan dakwaan mencari keuntungan dengan nama agama.

"Tun M tidak boleh mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.

"Jika dakwaan Rayani Air mencari keuntungan dari Islam menjadi alasan, Tun M perlu faham dia sendiri tidak boleh menghentam operasi syarikat itu yang jelas menyokong ajaran Islam.

"Tidak kira apa agama atau siapa pemilik Rayani Air, usahanya itu harus diberi pujian dan bukan sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Md Daud mengulas kenyataan Dr Mahathir di sebuah portal yang mendakwa, konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.

Tegas Tun Mahathir, syarikat penerbangan Malaysian Airline System Bhd (MAS) juga tidak perlu mengikut jejak langkah penerbangan itu yang memperkenalkan konsep tersebut.

Dalam pada itu kata Md Daud, Dr Mahathir perlu merujuk kisah sedih luahan hati pramugari MAS yang terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung seperti yang dimaklumkan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin baru-baru ini.

"Sekurang-kurangnya Rayani Air jelas tidak menghidangkan arak selain membaca doa sebelum memulakan penerbangan.

"Pengurus Rayani Air beragama Islam. Adakah kerana pemiliknya bukan Islam jadi syarikat penerbangan itu boleh didakwa dengan sesuka hati?" ujarnya.

Rayani Air mempunyai 355 kakitangan, lapan juruterbang dan 50 petugas anak kapal kabin.

Nama Rayani Air merupakan hasil gabungan nama pemilik syarikat penerbangan itu iaitu Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan

Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari sebelum ini dilaporkan berkata, walaupun menjadipenerbangan patuh syariah pertama di negara ini, namun itu tidak bermakna Rayani Air tidak mengalu-alukan penumpang bukan beragama Islam atau mereka yang tidak bertudung di dalam kapal terbang mereka.
Rayani Air juga tidak memisahkan penumpang lelaki dan perempuan akan di dalam pesawat mereka.

Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pada 20 Disember lalu dengan menghubungkan terminal klia2 ke Kota Bharu dan Langkawi.

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh itu turut merancang memperluaskan laluan ke Sabah dan Sarawak pada Februari ini.


10 Responses

  1. Anonymous says:

    Pendakwah itu faham ke apa yang Tun cakap?

  2. Anonymous says:

    tertanya tanya gak aku apa makna Rayani tu.. ingat kot orang Arab/Iran datang melabur.. rupanya Ravi dan Karthiyani..
    ala Tun M.. tu kan namanya bisnes.. ada peluang kita amik.. tak kiralah dia mengambil kesempatan ke atas orang Islam dengan menggunakan perspektif patuh syariah utk bisnes dia.. ok la tu.. dah orang Islam sendiri tak mau buat.. dan dia nampak peluang kat situ..
    samalah jugak dengan bisnes lain, hotel eco.. pelancongan eco.. buat bangunan eco.. environment compliance.. pun nak buat untung je pun tapi konsep dia bermanfaat juga untuk alam sekitar.. samalah kes macam rayani air..
    bukan ke firma gayathri yang menjual barang-barang textile orang India turut membuka perniagaan menjual tudung untuk orang Islam.. nama sykt tu lupa lah pulak.. :)

  3. Anonymous says:

    Maddey ni kan pakar tentang Islam. Tak percaya? Pi tanya anak dia yang ala lesbian tu yang kuat perjuangkan hak2 kristian, hak2 anjing dan hak2 gay/lesbian.
    Nak suruh anak betina dia perjuangkan Islam? Jangan harap la...
    Agak2 dorang ni terlebih Hindu kot.

  4. Anonymous says:

    malu betullah...org kafir yg cetuskan idea ini..yg islam masih pandang negatif dgn agama sendiri...lepasni kita kena ujudkan sistem pengangkutan awam patuh syariah pulak...tak paksa... sapa nak ikut dia boleh ikut ...tak nak sudah...kubur masing2

  5. Anonymous says:

    Quran kata begini:
    Al Mumtahanah (Dia yang akan diperiksa) 60 - 13

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur... dan

    Surah Al-Ma’idah (Meja Bulat): 5 – (80 - 81)
    Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). dan...

    Sekirany mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik... dan

    banyak lagi ayat quran yang melarang berhubung dengan orang bukan muslimm.... adakah orang alim ini tak pandai alquran .... apa sudah jadi kerana nama, duit dan... lain-lain agama dijual. Maaf kalau salah.


  6. Anonymous says:

    Mahathir nail it very well.
    Even arabs dont bother such thing. But now 2 hindus are using agama islam for business and ummah is very happy.
    HAHAHA.............typikal sunni syamul

  7. Anonymous says:

    Ada member tanya: Teksi berlandaskan syariah xnak buat ke????
    Ini jawapan kepada soalan di atas.

    Next time taxi kena ada hijab antara penumpang n driver. Kena serve mineral water. Kena letak surah yassin atau quran. Radio pun ikim atau ayat suci. Pastu kena ada mahram. Fuyoo camni naik beskal jer la.

    Ni pulak komen seorang lagi:

    Sikap menunjuk-nunjuk itu penting dalam Islam!!!!

    Hahahah - semua ni komen diambil dari FORUM CARI.
    Komen ulasan dari genarasi Y yang lebih transparent.

  8. Anonymous says:

    semua benda tun mahathir nak ulas. semua ada dalam pengetahuannya, hatta terdektik sikitpun dalam hati beliau dah tahu. hebat benar tun mahathir ni. makin tua makin menjadi. makin tinggi firasat tok nujum ni. bagaimanapun, aku ingin agar tun mahathir berubah sedikit sahaja (bukan semua kot)daripada menjadikan pendapatnya sahaja yang betul. aku ingin ambil satu contoh untuk dibuat perbandingan. pasal roti. pemilik kilang roti A adalah bukan islam. bagaimanapun memandangkan pengguna dan pelanggan roti di negara ini adalah majoritinya orang Islam maka pemilik kilang roti itu berusaha mendapatkan status halal dari jakim agar rotinya boleh dinikmati sama oleh orang Islam. nah, disini tentunya pemilik kilang roti itu menggunakan Islam untuk melariskan jualan rotinya. dalam situasi ini adakah tun mahathir akan meminta orang Islam di negara ini memboikot roti tersebut sebab pemilik kilang tersebut bukan islam? adakah kerana pemiliknya bukan islam maka status halal roti tersebut tidak terpakai? berbalik kepada kes di atas, sepatutnya tun mahathir mengulas agar setiap syarikat penerbangan di negara ini mencontohi rayani air dengan tidak menghidangkan minuman keras ketika dalam penerbangan. ubah la sedikit seragam pramugari yang cantik manis itu dengan pakaian yang lebih sopan. malaysia dalah negara Islam, sedangkan kedatangan orang asing di negara ini disambut oleh si seksi meksi ketika dalam flight. sori tun, aku tidak sependapat dengan anda dalam perkara ini.

  9. Anonymous says:

    Patuh Syariah ape ?.. kalau Paramugari Pakai Tudung Tapi Pakaian Ketat... Isu Utamanya Bukan pemilik Rayani Air ...tetapi staf yang menguruskan nya ... adakah amalan prinsip syariah dilakukan...Imej MIRIP syariah inilah yang akan menjadikan Islam semakin Liberal...

  10. Anonymous says:

    Tun M ni makin tua makin karut.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.