..

..

PEMIMPIN UMNO TAK RELA KERJASAMA PAKATAN HARAPAN YANG BERTUANKAN DAP - FATHUL BARI

on Monday, January 4, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya yakin tidak akan ada mana-mana pemimpin parti itu akan terpengaruh dengan pelawaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Menyifatkan pemimpin Umno sebagai berprinsip, Fathul dalam pada itu menambah ahli-ahli parti sesekali tidak rela bertuankan DAP.

Terdahulu, Kit Siang dalam satu kenyataannya semalam menyatakan kesediaan DAP dan Pakatan Harapan bekerjasama dengan pemimpin Umno yang tidak berpuas hati.

Dakwanya ini sebagai usaha menyelamatkan negara daripada "rasuah, ketidakadilan sosioekonomi dan kegagalan dalam pembinaan bangsa".

"Kerjasama yang mereka mahukan daripada pemimpin-pemimpin Umno yang kurang bersetuju dengan beberapa pendirian PM, saya berpendapat golongan ini tidak akan bersama-sama dengan kumpulan 'chauvanist' seperti DAP. Saya yakin perkara itu.

"Mungkin tidak bersetuju dengan beberapa perkara, (tetapi) tak semestinya ambil langkah yang tidak bijak seperti itu, iaitu bersama dengan gerakan yang assabiyah, taksub," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Malah Kit Siang juga mendakwa perutusan Tahun Baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai 'sindrom penafian' yang tidak mengakui wujudnya masalah dan skandal di dalam negara, contohnya kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal hutang RM2.6 bilion dan peningkatan kos sara hidup.

Fathul kemudiannya berkata Najib, yang juga Presiden Umno sentiasa mencari jalan dalam menyelesaikan beberapa perkara yang berbangkit, sekaligus menepis tanggapan negatif pembangkang itu.

"Kenyataan itu adalah kenyataan golongan 'opportunist' iaitu golongan yang nak ambil kesempatan atas situasi dan keadaan yang berlaku.


"Kelemahan dan kekurangan ada, itu tak dinafikan. Bahkan hal itu diungkapkan oleh Presiden Umno yang sentiasa berusaha melakukan perubahan," tegasnya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.